PAMERAN AKAN DATANG (ARAS 5)
ILHAM Art Show 2025
2 NOVEMBER 2025 – 5 APRIL 2026 (Aras 5)
ILHAM Art Show yang diwujudkan pada tahun 2022 merupakan sebuah pameran tiga tahun sekali yang bermatlamat untuk menggalakkan daya cipta dan keberanian mencuba dalam kalangan seniman dengan menawarkan peluang dan sumber bagi menghasilkan karya-karya baharu, dan menguji cuba bentuk, wadah, dan konsep baharu. ILHAM Art Show ialah sebuah ruang yang menyokong amalan seni kontemporari di Malaysia.
Waktu Buka
Isnin – Sabtu 11pg – 7ptg
	Ahad 11pg – 5ptg
	Tutup pada hari Isnin dan cuti awam.
Garis Panduan Untuk Pengunjung
Bagi mengelak karya-karya seni daripada ditimpa kerosakan, kami meminta para pengunjung untuk tidak sesekali menyentuh sebarang karya yang dipamerkan.
Makanan dan minuman tidak dibenarkan masuk ke dalam galeri.
Walaupun kami tidak membenarkan penggunaan denyar (flash) kamera, namun kami menggalakkan orang ramai mengambil gambar di dalam galeri kami. Sila labelkan imeg instagram mana-mana karya yang anda gemari dengan #ilhamgallerykl
