Bengkel lukisan yang lengkap untuk permulaan mempelajari lukisan dengan persekitaran yang lebih santai dan selesa. Mempelajari lukisan dari pemerhatian kehidupan adalah cara yang terbaik untuk belajar. Oleh tenaga pengajar Charlotte Sullivan, yang dilatih di Pratt Institute New York, kelas lukisan yang akan mulai dengan cara melihat dan bagaimana melukis objek dari objek yang disusun dan secara 'still life'. Pengajar juga akan memberi bimbingan dan nasihat secara individu kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran melukis.
RM 180 seorang; untuk tempahan sila hubungi info@ilhamgallery.com
TARIKH: SELASA & RABU, 24 & 25 NOVEMBER 2015
MASA: 11AM-1PM PETANG
Charlotte Sullivan mempunyai Ijazah Seni dalam jurusan Seni Halus dari Institute Pratt dalam bidang catan, lukisan, arca dan juga mempelajari dalam bidang photografi dan pembuatan cetakan. Charlotte turut mempelajari lukisan ‘still life’, lanskap dan lukisan potret dari John Phillip Osborne di Institut Seni Ridgewood. Melalui kelas Cik Sullivan, beliau memberi tumpuan kepada prinsipal tradisi catan cat minyak yang memberi penekanan kepada kajian pencahayaan dan bayang. Charlotte telah meneruskan mengajar semenjak di mulai oleh Natalie Williams yang telah bermula dari 2007 lagi. Karya-karya Charlott turut banyak di pamerkan untuk koleksi swasta.Selain kerjaya beliau dalam bidang seni halus, Cik Sullivan memiliki dan mengendalikan perniagaan mural lukisan dan kemasan ‘faux’.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG