Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, ketegangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia menjadi bertambah genting. Siaran-siaran radio menjadi alat yang mustahak dalam perang psikologi di antara kedua-dua negara ini, dan untuk pertama kalinya Malaysia memerlukan lagu-lagu bertema peperangan.
Hanya beberapa minggu sebelum tercetusnya Konfrontasi, Surya Buana, seorang individu penuh misteri tiba di Kuala Lumpur dan tidak lama selepas itu menjadi seorang karyawan yang terkemuka dalam bidang penciptaan lagu patriotik. Ikuti bicara seni oleh penulis dan penggubah lagu Saidah Rastam yang akan menceritakan tentang legasi Surya Buana dan kenapa suaranya amat penting dan relevan, lebih-lebih lagi di zaman penuh kacau-bilau ini.
TARIKH: SABTU, 17 OKTOBER, 5.00 PTG
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG