THE READING ROOM:

Membaca Ketika Krisis

PROGRAM / BICARA SENI

Membaca Ketika Krisis

ILHAM dengan berbesar hati telah menjadi hos untuk sesi bicara seni oleh Narawan Pathomvat (Kyo) yang akan berlangsung di ruang pusat rujukan kami, di tingkat 3 pada 28 Oktober 2015 (Rabu) dari jam 6.00 -7.00 petang. "The Reading Room" (http://readingroombkk.org/) adalah perpustakaan seni kontemporari dan arkib yang terletak di pusat bandar Bangkok. Terdapat kira-kira 1000 bahan rujukan termasuklah rujukan arkib seni kontemporari, buku rujukan seni dari seluruh dunia termasuklah buku yang berkaitan dengan hal-hal teori kritikal dan sastera. ‘Reading Room’ juga kerap menganjurkan sesi perbincangan, tayangan filem dan video, bengkel-bengkel seni dari pelbagai bidang seni, sastera, politik, dan kajian kebudayaan. Melalui acara-acara yang telah dijalankan ini, telah menyumbang dan memperkayakan hal-hal perbincangan kritikal di kalangan masyarakat Thai, dengan cara pendidikan tidak formal. Kyo juga akan berkongsi tentang beberapa aktiviti dan program yang pernah berlangsung dan bagaimana ianya dijadikan pertanyaan kritikal tentang kebudayaan dan politik kontemporari di Thailand.

Narawan Pathomvat (Kyo) adalah pengasas dan pengarah The Reading Room, Bangkok, sebuah perpustakaan seni kontemporari dan platform bukan yang berdasarkan keuntungan. Beliau juga adalah pensyarah di Jabatan Sejarah Seni, Fakulti Arkeologi di Universiti Silpakorn, Bangkok. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Institut Pratt, New York dan pernah bekerja dengan Lower Manhattan Cultural Council dan Asia Art Archive, Hong Kong. Kyo juga adalah kurator bebas , penulis, dan penterjemah bahasa. Beliau kini merupakan seorang penyelidik residence di NTU Centre for Contemporary Art, Singapore dimana beliau sedang menyiapkan projek pemetaan dan analisis penulisan tentang seni kontemporari Asia Tenggara.

TARIKH: RABU, 28 OCTOBER, 6PTG

 

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM