Bersama-sama kami dalam lawatan yang menyerlahkan karya-karya penting di dalam pameran love me in my Batik. Orang ramai dialu-alukan.
TARIKH: 26 MAC 2016
MASA: 3.00PTG – 6.00PTG
TEMPAT: ARAS 3, GALERI
Sebagai salah satu usaha dalam menyokong perkembangan praktik kuratorial di malaysia, Ilham akan menganjur bengkel selama dua hari di bulan april ini. Bengkel ini akan tertumpu kepada pembentukan kuratorial dan merangka titik perbincangan untuk pameran yang akan datang di Ilham. Bengkel ini akan dikelolakan oleh Weng Choy, mantan Pengarah Bersama artistik di pusat seni The Substation, Singapura. Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang seni, beliau telah terlibat dengan pelbagai projek, dari menjadi mentor kepada artis muda sehingga terlibat dengan kerja kuratorial Asia Pacific Triennial. Juga pernah menguruskan pameran di muzium Guggenheim, sehinggalah kolaborasi bersama artis di Biennale Moscow.
Sila e-mel info@ilhamgallery.com untuk maklumat lanjut.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG