4 NOV 2017, 2:00PTG
Apakah yang terjadi kepada kerentanan di dalam dunia yang penuh dengan krisis?
ILHAM mengacarakan edisi secara langsung rancangan BFM Night School ini yang akan membincangkan bagaimana aspek ‘kerentanan’ digunakan dan disalahgunakan di zaman yang penuh dengan kon ik dan kekalutan.
Ketidaksamarataan menjadi semakin berleluasa, kemungkinan meletusnya perang nuklear nampak lebih nyata berbanding dulu, dan perubahan cuaca menyebabkan berlakunya pemupusan secara besar-besaran. Ini hanya meningkatkan lagi rasa ketakutan apabila semua pihak—kanan dan kiri—meluahkan perasaan tidak yakin mereka untuk mendapatkan keistimewaan dan perhatian. Kosa kata politik kita kelihatan kian sarat dengan bermacam-macam luka emosi.
Apakah yang kita faham mengenai makna solidariti atau kebahagiaan kolektif, dalam keadaan sebegini? Bagaimanakah kita menanggap sinergi kreatif di antara sempadan-sempadan dan kehidupan yang sering berubah-ubah? Bagaimanakah kita boleh terus menerus berharap dalam dunia yang sememangnya kian hancur? Mungkinkah perasaan-perasaan buruk sedikit sebanyak berguna juga akhirnya?
Dengarkan Fuad Rahmat, Sharaad Kuttan dan teman-teman berbicara tentang persoalan- persoalan ini dan banyak lagi isu yang lain.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG