10 FEB 2018, 3:00PTG
Pengarah Penang House of Music, Paul Augustin, bercerita tentang pengalaman beliau membongkar, menyelamat dan mengarkib sejumlah piring hitam Malaysia yang pernah diedarkan satu masa dulu. Projek ini menyaksikan beliau menggeledah pelbagai piring hitam dan piring batu tempatan yang penting dan bernilai tinggi yang ditemuinya di tempat- tempat yang tidak disangkakan — di bawah rumah kampung, dalam reban ayam yang sudah ditinggalkan, di kedai-kedai barangan bekas. Satu sesi pemutaran piring hitam bakal memainkan lagu- lagu di era Merdeka dan dekad 1960-an yang sudah hilang, tidak diketahui atau dilupakan. Daryl Goh, wartawan, deejay dan peminat tegar muzik akan menjadi moderator untuk sesi ini.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG