PROGRAMOGOS-DIS 2018

SIMPOSIUM dengan kerjasama National Gallery Singapore

BETAPA MUDAHNYA MODENISME DIGUGAT

1 DIS 2018

HOW EASILY MODERNISM COULD BE DISTURBED

Simposium Betapa Mudahnya Modenisme Digugat menampilkan empat kumpulan sasterawi yang melibatkan beberapa tokoh pemikir terkemuka Asia Tenggara. Ia diadakan sempena pameran Latiff Mohidin: Pago Pago (1960–1969). Perbincangan simposium ini bertitik-tolak daripada pertimbangan-pertimbangan konseptual yang melatari kaedah pengkaryaan Latiff Mohidin sepanjang 1960-an ketika beliau mengembara di benua Eropah yang berpecah belah dan rantau Asia Tenggara yang dilanda pemberontakan. Menerusi pengamatan teliti ke atas puisi-puisi dan penulisan-penulisan Latiff Mohidin serta bahan-bahan audio-visual yang dipilih dari arkib peribadi beliau, setiap kumpulan tersebut akan membaca modenisme sebagai satu fenomena yang dipupuk oleh corak-corak pemikiran tempatan.

Simposium ini dibuka kepada orang ramai. Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, sila e-mel ke info@ilhamgallery.com

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM