14 APR 2018, 8:00MLM
Lanjutan dari karya Langkasuka Cookbook oleh Roslisham Ismail (ISE), penerokaan sejarah sajian negeri asal beliau, Kelantan dan jejak-jejak peninggalan kerajaan purba Langkasuka, beliau akan menganjurkan jamuan makanan tradisional di galeri. Juga persembahan oleh Cempedak Agung Perwijaya, sebuah kumpulan muzik bersama enam ahli dari Kelantan.
Untuk mengikuti acara ini, sila mendaftar melalui utusan email dengan subjek “Langkasuka” kepada info@ilhamgallery.com. Tempat duduk terhad dan cabutan akan menentukan pengesahan tempat dalam tempoh 10 hari sebelum acara berlangsung.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG