Musik di ILHAM

PROGRAMMAC-JULAI 2018

MUSIK DI ILHAM

Tarian Asyik

30 JUNE 2018, 5:00PTG

Tarian Asyik ialah tarian balai diraja dari Kelantan yang berakar umbi dari Kesultanan Pattani abad ke-17 di bawah pemerintahan Ratu Kuning. Menurut lagenda dari Hikayat Patani, tarian ini diciptakan khusus untuk menghiburkan hati Ratu Kuning yang berduka akibat kematian burung kesayangan baginda. Ia juga dikatakan tarian yang paling disukai oleh puteri lagenda negeri Kelantan, Puteri Saadong. Semakin lama tarian ini kian mendapat tempat di kalangan golongan rakyat biasa dan kini dipersembahkan sebagai hiburan rakyat di majlis-majlis perayaan dan perkahwinan.

Tarian Asyik dibawakan oleh PUSAKA dan akan dipersembahkan oleh penari-penari dari Jalinan Seni Tanah Merah, Kelantan, dan diiringi pemuzik yang diketuai Raja Gendang, Pak Su Agel.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM