Kam Raslan dan Simon Soon akan membicangkan tentang Selangor Journal, sebuah makalah terbitan dua minggu sekali yang bertahan selama lima tahun penerbitannya pada lewat abad ke-19, khusus untuk komuniti Eropah di Kuala Lumpur ketika itu. Makalah ini memuatkan berita-berita tempatan dan laporan penyelidikan yang sedang berjalan, kolum gosip dan juga artikel-artikel menarik mengenai kehidupan di Federated Malay States. Makalah ini juga menyimpan cerita-cerita pembangunan Kuala Lumpur sejak tahun 1893–1897, dari projek gotong-royong pembukaan Taman Tasik hingga ke kisah perakaunan kreatif yang merealisasikan bangunan kolonial paling ikonik — Bangunan Kerajaan Baru, atau lebih dikenali sebagai bangunan Sultan Abdul Samad.
4 Mei 2019, 3:00PTG
(program ini telah dipindahkan dari tarikh asal 23 Mac 2019)
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG