SIKAP-SIKAP TERHADAP BENTUK:

Aliran-aliran Baharu
dalam Lukisan Batik

PAMERAN / LOVE ME IN MY BATIK / KARYA-KARYA SENI

SIKAP-SIKAP TERHADAP BENTUK: Aliran-aliran Baharu dalam Lukisan Batik

Semenjak tahun 1970-an, lukisan batik mula mengalami perkembangan aliran-aliran baharu. Terkesan dengan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada 1971, pelukis-pelukis bertindak mengembangkan teknik- teknik pengkaryaan mereka untuk menghasilkan karya-karya yang lebih abstrak yang menggabungkan tradisi hiasan tradisional tempatan dengan prinsip-prinsip reka bentuk, termasuklah menggunakan motif-motif yang diambil daripada ajaran Islam dan kebudayaan serantau. Dari sudut bertentangan pula, karya-karya yang dihasilkan sepanjang period ini boleh jadi juga menampilkan penyataan tegas dan ekspresi berani mengenai isu-isu identiti yang melibatkan persoalan tentang diri dan komuniti pasca-kolonial. Pelukis-pelukis menggali semula tradisi dan sejarah silam, iaitu sebuah ruang yang dibayangkan serba damai dan murni, untuk menegaskan kembali rasa bangga mereka kepada negara.
 

IMBAS KARYA-KARYA SENI

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM