PAMERAN /
8 December 2019 – 12 April 2020 (Aras 5)
Galeri ILHAM dan Singapore Art Museum (SAM) mempersembahkan ILHAM x SAM: The Body Politic and the Body daripada 8 Disember 2019 hingga 12 April 2020. Dalam kerjasama pertama ILHAM dengan SAM ini, ia meneroka berbagai aspek seni sezaman serta susur-galurnya di Malaysia. The Body Politic and the Body dikemukakan sebagai dialog di antara karya-karya, dan menampilkan 7 buah karya daripada koleksi SAM bersama sebuah karya tempahan baru, karya-karya padanan serta pinjaman daripada artis-artis Malaysia.
Seperti yang ternyata dalam tajuknya, badan merupakan perkara utama dalam pameran ini yang meneroka ketegangan di antara badan sosio-politik masyarakat Malaysia, yang disifatkan sebagai kolektif, dan badan individu yang subjektif. Daripada koleksi SAM, pameran ini menampil Recollections of Long Lost Memories oleh Ahmad Fuad Osman, Lang Kacang oleh Bayu Utomo Radjikin, Dalam oleh Simryn Gill, The Voyage oleh Mohammad Din Mohammad, Quiet Rooms oleh Nadiah Bamadhaj, karya ikonik Redza Piyadasa, Mei 13, 1969 dan The Grand Phantom Narrates oleh Yap Sau Bin.
Sebagai reaksi kepada karya-karya ini, karya seni perlakuan oleh Chia Chuyia yang ditempah khusus, berserta karya-karya pinjaman daripada chi too, Yee I-Lan, Hasanul Isyraf Idris, dan Wong Hoy Cheong, telah juga ditampilkan. Semua ini membayangkan kebimbangan dan subjektiviti badan tunggal sebagaimana ianya dialami di Malaysia kini, melanjutkan dan bertindak dengan ekspresi estetik yang menyatu dan juga yang berbeza.
Projek usaha sama ini bertujuan menampakkan keluasan lanskap pengkaryaan seni di Malaysia kini, dan pada masa yang sama menyentuh jejak haluan sejarah seninya. Selaras dengan hasrat ini, pameran ini diiringi juga degan sebuah symposium, “Main Rupa dan Tubuhnya: Bodily Forms of Play Contemporary Visualities in Malaysia | Budaya Visual Semasa Malaysia”, yang akan diadakan pada 22 dan 23 Februari 2020. Simposium ini akan memberi ruang kritik untuk memeriksa ekologi ketampakan semasa di Malaysia. Para peserta akan membicara, dalam beberapa panel, isu-isu serta projek-projek berkaitan ilmu dan pengetahuan mengenai sejarah seni dan kajian penampakan Malaysia.
Pameran ini juga disertakan zon membaca yang meluas, khusus untuk pelajar, yang merangkumi penerbitan dan artikel berkaitan seni moden dan kontemporari Malaysia.
Untuk melengkapkan pameran ini, satu program video pendek eksperimental bertajuk Portraits, Stories, Beneath dikuratorkan oleh Kok Siew-Wai, juga diadakan. Bahagian pertama, Portraits, menampilkan karya-karya mengenai kegoyahan tanggapap pertama dan andaian yang berubah-ubah tentang rupa zahir sesuatu. Bahagian kedua, Stories, menekan fenomena penceritaan, sementara karya-karya bahagian ketiga, Beneath, di antara lainnya mengisahkan hal-hal yang terlindung di sebalik salutan rupa luaran. Juga program imeg bergerak kedua yang akan ditayangkan pada 22 dan 29 Mac 2020. Program ini meneruskan penglibatan dengan tema-tema yang diterokai dalam pameran dan simposium.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG