PAMERAN / ERA MAHATHIR

ERA MAHATHIR

Mengenai Pameran

Era Mahathir (1981 – 2003) dianggap sebagai tahun-tahun transformatif kepada kegiatan seni tanahair ketika itu, juga di dalam tempoh kemunculan semula seni figuratif yang di dalam pendekatan karya yang bersifat kritik sosial.

Sepanjang 22 tahun di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia melangkah dari negara tumpu pertanian kepada sebuah negara yang berdaya industri. Ianya secara langsung memperhebatkan lagi pembangunan dan sekali gus menukar lanskap negara dengan terbinanya infrastruktur baru dan pembangunan ikonik seperti Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan lebuh raya yang menghubung antara kawasan bandar dan luar bandar di seluruh tanahair. Pada masa yang sama juga, kata-kata semangat ‘Malaysia Boleh’ menular di kalangan rakyat Malaysia yang memberikan keyakinan luar biasa. Transformasi fizikal, politik dan lanskap sosial ini adalah kesan daripada polisi yang diperkenalkan oleh beliau dan ianya masih dirasai sehingga kini.

Seni Malaysia pada masa itu dianggap tempoh penting, melihat kepada pendekatan seni sebagai medium komentar sosial. Artis mula memberi perhatian dan respon terhadap isu-isu sosio-politik yang kompleks. Karya-karya yang dihasilkan, yang rata-ratanya banyak memenangi pertandingan seni yang utama, merujuk kepada subjek-subjek yang lebih meluas dari isu kesan globalisasi dan pembangunan, sehingga peristiwa yang khusus seperti krisis ekonomi Asia dan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menjadi punca kepada gerakan Reformasi pada tahun 1998.

ERA MAHATHIR menampilkan karya-karya dahulu yang bersifat kontemporari bersama yang terkini, yang secara tidak langsung membantu kita untuk membina pemahaman terhadap realiti yang kompleks pada tempoh tersebut dari perspektif yang berlainan, di luar daripada naratif utama.

24 Julai – 20 November 2016

VIEW EXHIBITION PROGRAMMES

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM