PAMERAN /

lift the tikar!

11 Mac – 17 Julai 2023
Aras 3, ILHAM Gallery

Tangga bot. Rabung mulut. Laungan perang. Topi tujuh kepala. Tikar sempit lebih daripada50 meter panjang, yang berfungsi sebagai indeks dan jambatan.

Inilah beberapa motif dan elemen yang ditemukan dalam lift the tikar!', yang mengemukakan karya Yee I-Lann yang dihasilkan dengan kerjasama penenun Dusun danMurut dari Keningau di pedalaman Sabah, dan Bajau Sama Dilaut di Pulau OmadalSemporna di sempadan Laut Sulu dan Laut Sulawesi, serta penari dan pembuat filem yang berpangkalan, seperti dirinya, di Kota Kinabalu. Kerjasama ini sendiri telah menjadi suatuproses penenunan - bahasa visual yang berbeza, sejarah seni, cerita, falsafah, ekonomi, geografi - untuk melihat apa yang boleh diperolehi bersama daripada proses ini.

Pameran ini berhasrat memahami bagaimana 'tikar', dari segi bentuk dan konsep bolehmenjadi bahantara untuk berfikir tentang seni, kuasa, bahasa dan bagaimana kitamembentuk masyarakat.

Ia bagaikan suatu tugas besar untuk satu objek biasa - sekeping tikar tenunan - yang kebanyakan kita tidak akan ambil endah. Di rumah, tikar mungkin hanya untuk tidur, duduk, membuat sesuatu, bermain, berdoa, menyediakan makanan, makan. Dalam komuniti, tikarboleh disusun, untuk kita bercerita, bermesyuarat, atau diguna untuk perayaan danupacara. Bagi komuniti di Pulau Omadal, tikar pandan, atau tepo dalam bahasa Bajau, iadiguna juga untuk menjemor ikan. Di Keningau, dalam budaya Dusun, buluh pus galum(Dusun Liwan) atau Sinabsaab (Dusun Minukok), digunakan untuk menuai padi. Bagi Bajau, serta komuniti Dusun dan Murut, tikar biasa digunakan untuk tujuan ritual. Artis I-Lannmasih ingat semasa ia kanak-kanak menonton ritual Magavau di atas tikar semasaKaamatan.

Seperti yang dia perhatikan, fungsi tikar ialah kehidupan.

Memang terdapat ratusan nama tempatan untuk tikar di seluruh Kepulauan Nusantara, masing-masing berkaitan dengan warisan budaya, alam sekitar dan landskap. Penggunaannya mendahului dan terselamat daripada penjajahan kuasa Barat danglobalisasi moden. Ia mewakili warisan cara hidup, kerja tangan dan pemikiran tempatanyang khusus, dikongsi namun kaya dengan variasi.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM