Sepanjang period selepas Perang Dunia Kedua, seni lukisan batik, yang menggabungkan tradisi pembuatan kain batik tempatan dengan teknik-teknik lukisan Barat, telah diangkat dan dipromosikan sebagai gaya ekspresi penting kesenian Malaya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957, dan terbentuknya Malaysia pada 1963, pelukis-pelukis tempatan berusaha membicarakan konsep ‘pembinaan negara’ dari pelbagai perspektif, dengan setiap pelukis meluahkan harapan-harapan masa depan mereka melalui lukisan batik. Sebagai satu gaya seni Malaya yang unik, lukisan batik dilihat dapat menyingkap sisi-sisi perpaduan dan kepelbagaian, serta tradisi dan kemajuan negara.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG