PERINTIS DAN LEGASINYA:

Tiga Lapisan Generasi

PAMERAN / LOVE ME IN MY BATIK / KARYA-KARYA SENI

PERINTIS DAN LEGASINYA: Tiga Lapisan Generasi

Chuah Thean Teng diiktiraf sebagai perintis lukisan batik Malaysia. Eksperimentasi seninya telah berjaya mengubah batik, yang sebelum itu hanya terbatas kegunaannya sebagai kain sarong dan baju kebaya, menjadi sejenis medium karya seni halus yang dipamerkan di dinding. Teng terkenal kerana pengolahan lapisan warnanya yang cukup rumit dari sudut teknikal dan lukisan-lukisan romantiknya berkenaan kehidupan kampung yang selalunya menggambarkan kesuburan dan kemakmuran Malaysia. Karya-karya lukisannya juga medium untuk beliau merayakan tanah air baharunya dan penduduknya. Bahagian ini menampilkan karya- karya lukisan ciptaan tiga generasi pelukis batik dari keluarga Chuah sendiri.
 

IMBAS KARYA-KARYA SENI

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM