PAMERAN /

Filem: A Night We Held Between oleh Noor Abed

10 November - 31 December 2024 (Aras 3)

PROGRAM

A Night We Held Between, 2024
16mm film
4k digital transfer
30 min, sound 

Filem ini berkisarkan lagu “Song for The Fighters,” yang dijumpai di arkib bunyian Popular Art Center, Palestine. Menerusi lapisan lagu, dalam labirin bunyi dan situs, filem ini menghamparkan sejarah sebagai masa lampau yang abadi, tindakan berkelompok dan berdaya imaginasi. 

Berlatarkan tapak-tapak purba di sekitar Palestin — gua-gua, lubang-lubang buatan, laluan bawah tanah, dan lembah-lembah liar — tanah menjadi watak utama dalam filem ini. Ia menerobos lapisan tampak dan menyingkap dunia luas, namun tersembunyi seperti yang kita kenali. Menerusi filem ini, adegan bersilang ritual dan naratif masyarakat dan penentangan menjadi representasi harian kehidupan sosial di Palestin, memerankan pergerakan berirama dan dampak perkongsian rasa yang berpotensi mencipta dan menyokong sesebuah masyarakat.

A Night We Held Between dihasilkan dengan sokongan daripada Han Nefkens Foundation—Fundació Antoni Tàpies Video Art Production Grant 2022.

 

Artis

Noor Abed (l. 1988) berkarya di persimpangan antara persembahan dan filem. Abed mengikuti Whitney Independent Study Program di New York pada tahun 2015–16, dan Home Workspace Program (HWP) di Ashkal Alwan, Beirut pada tahun 2016–17. Karyanya telah ditayangkan dan dipamerkan di peringkat antarabangsa, termasuk di Anthology Film Archives, New York; Gabes Cinema Fen Film Festival, Tunisia; Jihlava International Documentary Film Festival, Lagos Biennale; Leonard & Bina Gallery, Montréal; Ikon Gallery, Birmingham; Ujazdowski Centre for Contemporary Art, Warsaw; The Mosaic Rooms, London; dan MAXXI – National Museum of 21st Century Art, Rome. Pada tahun 2020, bersama Lara Khaldi, beliau mengasaskan School of Intrusions, sebuah kolektif pendidikan bebas di Ramallah, Palestin. Abed juga merupakan penolong kurator untuk documenta lima belas, Kassel 2021–22. Beliau kini merupakan artis residensi di Rijksakademie di Amsterdam untuk tahun 2022–24 dan baru-baru ini menerima anugerah Han Nefkens Foundation—Fundació Antoni Tàpies Video Art Production Grant 2022.

 


 

Bual bicara bersama artis selepas tayangan trilogi filemnya akan berlangsung pada hari Sabtu, 9 November 2024, 2:00pm. Butiran lanjut di SINI.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM