PAMERAN /

Projek 555

Pemerhatian kecil pandemic yang bertecusan 

16 Ogos 2022 - 29 Januari 2023 (Aras 3)

Kolaborasi bersama Malaysia Design Archive. Cetakan semula buku dengan sokongan Ana Tomy.

Projek 555 adalah sebuah usaha mengumpul pemerhatian dan renungan harian dalam bentuk diari kecil bergambar. Pada hujung tahun 2020 dan 2021, Arkib Reka Bentuk Malaysia telah mengumum jemputan terbuka selama sebulan. Mereka yang berminat akan diberi buku nota 555 melalui pos untuk merakam apa sahaja yang mereka suka, dalam apa bentuk jua. Tujuannya ialah bagi mengadakan ruang untuk berhenti sejenak, merenung dan menghayat dari jauh.

Pandemik COVID-19 telah memberi kita sebuah detik luar biasa yang menyentuh kehidupan dari berbagai segi yang dahsyat. Buku nota ini menjadi sebuah kapsul tangkapan masa, dan sebuah arkib hidup – sebuah ruang pemerhatian harian untuk membentuk sejenis tahun. Selalunya diari adalah benda peribadi, sebuah ruang tenang untuk merungkai pengalaman sehari. Bila diamalkan dengan hasrat ianya dilihat oleh orang lain, ia menduduki ‘ruang liminal’ yang beranjak di antara pemerhatian peribadi, dan pemerhatian awam yang lebih besar dan tidak dikenali, sekali gus memberi ruang luas untuk bergelut sesama mereka. Setiap buku nota 555 yang dikembalikan berbeza - ada yang berupa ruang luahan emosi, ada yang dipenuhi kesunyian, ada juga yang bercamuk dengan serpihan entah apa-apa, bersama dengan yang bermakna. Pameran ini menjemput kita sama-sama memasuki ruang pelukan kasih dan pupukan memori.

Buku nota 555 adalah produk ‘kitaran semula’ oleh kedai ‘ana tomy’, sebuah kedai alat tulis. Ilhamnya ialah buku nota kecil ‘555’ berwarna pastel yang pada suatu ketika dahulu merupakan alat biasa perniagaan runcit, merekodkan urus niaga harian dan ‘sebagai ‘buku hutang’ ia sering menandakan kepercayaan antara pekedai dan pelanggan. Buku ini dianggap sesuai untuk Projek 555 ini.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM