PAMERAN /
18 Mei – 18 ogos 2019, Aras 3
Rediscovering Forgotten Thai Masters of Photography menghimpunkan imej-imej di Thailand sepanjang tahun 1950an hingga 1970an oleh tujuh jurufoto Buddhasa Bhiku, Liang Ewe, S.H. Lim, Saengjun Limlohakul, Pornsak Sakdaenprai, ‘Rong Wong-Savun dan M.L. Toy Xoomsai. Himpunan badan-badan karya ini dipersembahkan sebagai sebuah projek yang menawarkan pengandaian melalui penyelidikan fotografi filem dan jalur etnografi. Lebih dari 200 foto-foto dijumpai dan dibaik pulih yang berpotensi sebagai tinjauan tradisi fotografi berlatarkan Thailand Moden, dengan anjuran selebriti dan kehidupan kosmopolitan di samping masyarakat pedalaman dan tempoh sebelum industri pelancongan Thailand di tahun 60-an.
Rediscovering Forgotten Thai Master of Photography akan berlangsung untuk kali ketiga di Galeri ILHAM dengan usahasama NUS Museum, mengusulkan cara-cara di mana penyelidikan bebas oleh artis dan pengamal budaya dapat bergerak, mendidik dan mengadakan perbualan dengan kajian-kajian yang seangkatannya di rantau ini. Dikumpul dan diselidiki sendiri oleh Manit Sriwanichpoom, imej-imej ini ialah sebuah tinjauan praktik di Thailand dengan alternatif kepada sejarah umum yang tersebar di Asia Tenggara. Rediscovering Forgotten Thai Masters of Photography pernah dipamerkan di NUS Museum pada 15 Mac 2018 – 30 Mac 2019. Penampilan pertama ketujuh-tujuh jurufoto ini diadakan di Bangkok University Gallery pada tahun 2015.
Manit Sriwanchpoom (l. 1961) menetap dan bekerja di Bangkok. Semenjak tahun 1996, karya-karya berdasar fotografi beliau banyak menjadi koleksi institusi-institusi di Eropah dan Asia, dan terkenal dengan pameran-pameran satira nasionalisme Thai dan konsumerisme penuh makna dan jenaka. Rediscovering Forgotten Thai Masters of Photography ialah projek peribadi yang memakan masa bertahun-tahun. Pameran terkini ini mempersembahkan karya-karya dari tujuh jurufoto ulung Thai yang ditemui, dikumpul dan dibaik pulih oleh Manit.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG