LOVE ME IN MY BATIK:

Garis Masa Batik

PAMERAN / LOVE ME IN MY BATIK

Garis Masa Batik

1400-1900 – Batik diperdagangkan secara meluas di Asia Tenggara di abad ke-15, dan batik Jawa diimport ke Malaya di ambang abad ke-19.

1911 – Haji Ishak bin Haji Che Su, pelopor batik di Malaya membuka bengkel pembuatan batik di Kota Bahru, Kelantan.

1910-1920 – Seniman-seniman Barat terpengaruh dengan gerakan aliran Art Nouveau dan mula menghasilkan lukisan batik bernaratif.

1900 – Seniman Belanda Chris Lebeau menggunakan batik dalam rekaan muka depan novel Louis Couperus yang bertajuk De Stille Kracht di Kepulauan Jawa.

1930 – Pertubuhan Seni dan Kraf ditubuhkan oleh sekumpulan pegawai Melayu dan British di Kelantan.

1946 – Chuah Thean Teng mula mengusahakan kilang batik bersama saudara lelakinya, Chuah Thean Siang.

1947 – Perniagaan Chuah Thean Teng tidak berhasil dan dilambakkan dengan lebihan pakaian dan pewarna (dye) yang diimport. Beliau mula bereksperimen dengan pendekatan artistik yang baharu menggunakan batik.

1950 – Polisi perlindungan diperkenalkan oleh pihak Sekretariat Negeri British yakni dengan meningkatkan duti import terhadap ‘batik asing’ untuk melindungi industri batik tempatan di Kelantan dan Terengganu daripada ‘persaingan luar’

September 1955 – Teng mengadakan pameran solo lukisan batik beliau yang pertama di Perpustakaan Pulau Pinang dengan sokongan pustakawan Patricia Lim..

Mac 1956 – Frank Sullivan, penaung seni dan kebudayaan Malaya, menyokong pameran solo kedua Chuah Thean Teng yang berlangsung di Dewan British Council di Singapura. Lukisan batik diberi penghargaan sebagai sebuah bentuk seni halus.

1957 – Pameran ketiga Chuah Thean Teng di Kuala Lumpur. Pameran Teng di tengah-tengah Persekutuan sangat penting kerana ia turut menjadi mercu tanda pencapaian kemerdekaan Malaya pada tahun itu.

Januari 1959 – Chuah Thean Teng dipilih kerajaan Malaya untuk pameran solo di Commonwealth Institute di London.

1960 – Menjelang 1960-an, semakin ramai seniman mempamerkan karya batik mereka.

1960 – RIDA (Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan) membuka kilang batik di kawasan-kawasan pendalaman untuk merancakkan industri tekstil dan membuka peluang pekerjaan baru.

Februari 1965 – Populariti dan kedudukan Chuah Thean Teng  berada di kemuncak dengan pameran solo yang mempersembahkan 125 karya beliau dan diberi penghargaan sebagai ‘pencipta Lukisan Batik sebagai seni halus’.

April-Mei 1965 – Chuah Thean Teng dianugerahkan British Council Fellowship dan ditawarkan pameran solo kedua di Commonwealth Institute di London.

1966 – MARA (Majlis Amanah Rakyat) ditubuhkan bagi menggantikan RIDA sebagai agensi utama dalam pengurusan industri perusahaan batik.

1967 – Kekhuatiran mengenai pasaran batik Malaysia tidak dapat bersaing dengan batik import yang jauh lebih murah menyebabkan promosi terhadap batik tempatan dipertingkatkan. Media dan MARA membantu industri kampung golongan Bumiputera untuk bersaing di peringkat global, menggalakkan jualan batik Malaysia ke negara luar, khususnya yang dihasilkan oleh para pembatik di pantai Timur.

Februari 1968 – Di dalam satu persidangan di parlimen, Ahli Parlimen Wan Kadir Ismail menyarankan agar batik dijadikan pakaian seragam pekerja kerajaan untuk merangsang perusahaan batik tempatan. Ada sesetengah jabatan mengadakan ‘hari batik’ sebagai acara mingguan.

Januari-Mac 1968 – Lukisan Batik adalah salah satu daripada lima kategori hadiah di dalam Pertandingan Seni Salon Malaysia yang pertama. Pertandingan anjuran Balai Seni Lukis Negara yang memasukkan kategori Lukisan Batik ini menandakan penghargaan kepada batik sebagai medium seni halus.

1968 – Balai Seni Lukis Negara mempersembahkan Pameran Rekaan Batik dan Seni.

1968 – Joseph Tan menghasilkan ‘Love Me in My Batik’, sebuah karya kolaj batik yang menyuarakan tentang keghairahan terhadap budaya yang memberi kesan kepada budaya popular Malaysia.

Ogos 1971 – Berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, sebuah kongres kebudayaan berlangsung di Universiti Malaya dan menghasilkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sebagai bingkai budaya untuk Malaysia.

Disember 1971 – Golongan paderi dan budak-budak mazbah dari Gereja Our Lady of Lourdes, Ipoh mengenakan pakaian batik bersempena perhimpunan sebelum hari Krismas. Paderi Murphy Pakiam berkata, ‘kami mengembangkan budaya kebangsaan demi menyatakan jati diri kami sebagai rakyat Malaysia’.

1971 – Seniman Indonesia Amri Yahya menulis tesis sarjana muda beliau di Kolej Latihan Guru Yogyakarta bertajuk Batik Art as a Means to Increase Contemporary Art Appreciation [Seni Batik sebagai Kaedah untuk Menambah Apresiasi Seni Kontemporari]

1972 – Amri Yahya menubuhkan Amri Gallery  dengan tujuan untuk mempamerkan karya beliau,  dan kemudiannya berubah menjadi muzium persendirian. Yahya adalah tokoh penting yang mempromosikan lukisan batik, dan membantu menganjurkan pameran seni berkumpulan yang bertemakan lukisan batik di Indonesia termasuk pameran ’14 Pelukis Batik’ di Jakarta (1973).

Mei 1973 – Lembaga Kraftangan ditubuhkan.

1974 – Lembaga Kraftangan menerima semakin banyak aduan daripada pengusaha batik dari Kelantan. Pertuduhan diajukan kepada pengusaha kilang batik yang dikatakan menghasilkan batik tiruan, mengancam pendapatan pengusaha batik tradisional.  Lembaga Kraftangan menghadkan pengeluaran batik khusus untuk bumiputera sahaja.

1975Batik in Singapore telah ditulis oleh Constance Sheares dan diterbitkan oleh Muzium Nasional Singapura.

Oktober 1979 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah menggantikan Lembaga Kraftangan Malaysia untuk memperkuatkan lagi pembangunan dan kemajuan industri batik.

1980 – Fatimah Chik mulai mempamerkan karya-karya batik beliau dengan kajian berkenaan tradisi tekstil Asia Tenggara dalam menghasilkan motif berbentuk abstrak yang mengetengahkan kekayaan sejarah budaya di rantau ini.

1980-an – Keunggulan lukisan batik sebagai medium yang mempunyai impak serta kepentingan budaya semakin berkurangan.

1993 – Lee Kian Seng telah menerima anugerah  Tokyo Creation Award Overseas Prize di atas peranan beliau ‘mengembangkan batik di dalam seni moden’ dan ‘menjadi terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang lukisan batik/dakwat’.

1999 – Fatimah Chik telah dijemput untuk menyertai 3rd Asia Pacific Triennale di Brisbane, Australia. Tiga karya batik beliau diketengahkan dalam pameran antarabangsa tersebut.

2003 – Piala Seri Endon adalah pertandingan yang dibentuk untuk mengenalpasti bakat pembuat batik Malaysia.

2004 – Balai Seni Lukis Negara mengadakan pameran oleh tiga orang pengkarya yang terdiri daripada Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan Tay Mo Leong yang bertajuk Revival: Evoking the Batik Tradition.

2005 – Galeri PETRONAS telah mengadakan pameran Batik Painting & Painting Batik.

2008 – Perintis pelukis batik Malaysia Chuah Thean Teng meninggal dunia.

2008 -  Balai Seni Lukis Negara Malaysia menganjurkan pameran Teng: An Appreciation, satu retrospektif karya-karya seni Chuah Thean Teng untuk memperingati beliau.

2014 – Bank Negara menganjurkan pameran Titisan Warna, satu pameran yang mengetengahkan ‘batik lukis’ dan ‘lukisan batik’.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM