PAMERAN SEMASA - ARAS 5

Dato’ Hoessein Enas

MENGGAMBAR NEGARA - ARAS 5


Hoessein Enas:

Dari Koleksi Peribadinya

Segmen ini menampilkan sejumlah karya dari koleksi peribadi pelukis Dato’ Hoessein Enas.

Hoessein Enas telah memainkan peranan yang cukup besar dalam perkembangan sisi-sisi kebudayaan yang lebih luas di negara baharu ini. Beliau merupakan anggota pengasas Angkatan Pelukis Semenanjung. Sepanjang hayatnya, beliau pernah memegang jawatan sebagai pegawai Hal Ehwal Orang Asli di Jabatan Muzium, dan kemudian Ketua Grafik dan Reka Bentuk dengan agensi penyiaran televisyen negara yang baharu diwujudkan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Apabila syarikat Shell meminta beliau menghasilkan satu siri lukisan dan lakaran bagi memperingati peristiwa pembentukan Malaysia pada 1963, beliau menjadi salah seorang pelukis yang pertama menjelajah ke seluruh pelusuk negara.

PROGRAM PAMERAN

PENERBITAN BERKAITAN

PANDUAN GALERI


SHARE ILHAM


Share pengalaman anda di ILHAM dengan hashtag #ilhamkl

Facebook twitter

MAKLUMAT ARTIS


Dato Hoessein Enas (1924 - 1995) Hoessein Enas tiba di Malaya pada 1947 untuk membina hidup baharu sewaktu zaman perjuangan revolusi Indonesia. Meskipun dilahirkan di Bogor dan membesar di Medan, reputasinya sebagai pelukis potret dengan gaya realisme akademik nyata terserlah selepas Kemerdekaan Malaya pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963, negara yang kini dianggap tanahairnya.


Perbesarkan Pelan

LIHAT JUGA ARAS 3

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM