PROGRAMOGOS-DIS 2018

BICARA ILHAM: 

ENIGMA TENTANG SENI HINDU-BUDDHA DI KEDAH TUA: SEBUAH WACANA SEJARAH

Nasha bin Rodziadi Khaw - Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia. 

22 SEP 2018, 3:00PTG

Nasha bin Rodziadi Khaw

Lembah Bujang telah menyaksikan penemuan runtuhan-runtuhan arkeologi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pelabuhan Kedah Tua. Pelbagai pentafsiran sejarah dan penemuan arkeologi menunjukkan bahawa kawasan itu pernah menjadi pusat perdagangan dan juga pusat pengeluaran besi dari abad ke-2 hingga abad ke-14 SM. Turut ditemui ialah sejumlah besar artifak yang berkaitan dengan seni Hindu-Buddha, seperti patung, kuil dan tulisan atau inskripsi. Isu-isu berkenaan dengan asal-usul budaya artifak-artifak ini dan persoalan-persoalan sama ada ia ditempah dari luar atau dihasilkan oleh penduduk setempat masih kabur. Pembentangan oleh Nasha Khaw ini akan membincangkan tentang bentuk dan fungsi artifak-artifak lama Hindu-Buddha dari zaman Kedah Tua, pandangan-pandangan para sarjana terdahulu mengenai asal-usul budaya artifak-artifak tersebut, dan teori-teori semasa yang berlandaskan ilmu-ilmu terkini.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM