PROGRAM


Two Mountains Photography Project 3.0

Panel Perbincangan: Two Mountains Photography Project

25 Nov 2018, 2ptg, Aras 3
Di dalam perbincangan panel ini, jurufoto-jurufoto yang terlibat di dalam pameran projek fotogra  Two Mountains akan berkongsi dengan khalayak penonton pengalaman mereka dan pemikiran awal mereka mengenai projek ini.

Fotografi Kreatif Untuk Kanak-Kanak

2 Dec 2018, 11pg, Kedai ILHAM Aras 5 (Yuran: RM20)
Mari bersama jurufoto Nana Sa ana dan Nadirah Zakariya untuk aktiviti menghasilkan gambar di persekitaran galeri ILHAM dan mempelajari kaedah kreatif penggayaan, prop dan kawalan asas exposure. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 8–12 tahun. (Ibu-bapa dinasihati menemani kanak-kanak di bawah umur 9 tahun).

Haiku Dalam Ekspresi Fotografi: Bengkel mini dengan Stacy Liu & Nadirah Zakariya

12 Jan 2019, 2ptg, Aras 3 (Yuran: RM20)
Olah detik-detik puitis di dalam foto-foto anda untuk membina 'puisi visual'. Fotogra  seni selalunya menampilkan perjalanan visual yang boleh dibaca seperti puisi. Acara berbentuk eksperimental ini akan menggabungkan daya kreatif pemudah cara dan peserta untuk menghasilkan siri foto mini yang mungkin dipengaruhi oleh rangkap-rangkap haiku ataupun puisi yang merujuk kepada Gunung Fuji dan Gunung Kinabalu.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM