21 DIS 2019, 2:30PTG
Yuran: PERCUMA
Kaki Lima adalah suatu permainan yang senang dan seronok mengenai berjalan di kaki lima bandaraya George Town Pulau Pinang. Ianya sesuai untuk semua orang tidak kira umur, dan bertujuan menjadi alat kreatif untuk menuntut balik laluan kaki lima sebagai ruang kongsi menerusi perbincangan tentang kesesuaiannya dan nilai komuniti sambil meningkatkan kesedaran awam tentang sejarah dan nilai sosio-budaya pada laluan-laluan nostalgia ini.
Pendaftaran: info@ilhamgallery.com
11 JAN 2020, 10:00PG–6:00PTG
Yuran: RM120/seorang
Bagaimana membina dunia baharu daripada imaginasi? Orang awam dijemput menyertai bengkel satu hari meneroka bersama Izat Arif bagaimana membina bahagian-bahagian asas sebuah entity khayalan. Belajar membuat logo, sebuah tugu dan lanskap khayalan untuk sebuah dunia yang lahir daripada obsesi seseorang. Tiap-tiap peserta dikehendaki membawa sebuah objek yang disukainya ke bengkel. Tidak perlu pengalaman melukis atau membuat arca.
Pendaftaran: info@ilhamgallery.com
18 JAN 2020, 10:00PG–1:00PTG
Yuran: RM150/seorang (untuk bahan-bahan (tanah liat, alat-alat), tunjuk ajar, bakaran (sepuh dan tak bersepuh))
Bengkel ini tertumpu kepada lilitan, cara lama membuat tembikar.
Pendaftaran:
WhatsApp +6016-3586966 (Clay Loo)
29 FEB 2020, 1:00PTG–6:00PTG
Yuran: RM200/seorang
Memperkenalkan Bengkel Seni Mandala Eeling untuk mengenali dan memberi ekspresi kesenian dalam reka bentuk anda. Tidak perlu pengalaman. Sertai dan berseronok. Kenali kemahiran baru dan kagumi apa yang anda boleh cipta.
Pendaftaran: eelingw@gmail.com
7 MAC 2020, 10:30PG–1:30PTG
Yuran: RM135/seorang
Bengkel lukisan arang yang seronok, menghibur dan berkesan untuk dewasa dan remaja, dikendali oleh pelukis Shu Ruei. Bengkel pengenalan lukisan arang ini terbuka kepada yang baru mahu belajar dan yang sudah di tahap pertengahan. Semua bahan lukisan disediakan.
Pendaftaran: Emel kami atau Mesej kami di Facebook
Berkreatif santai sambil belajar melukis dengan Charlotte Sullivan, pelukis dan guru seni didikan Institut Pratt New York. Tidak perlu pengalaman; anda dibimbing mengikut kadar sendiri.
16 & 17 JAN 2020, 10:00PG–12:00PTG*
19 JAN 2020, 10:00PG–3:00PTG**
9 FEB 2020, 10:00PG–3:00PTG**
13 & 14 FEB 2020, 10:00PG–12:00PTG*
1 MAC 2020, 10:00PG–3:00PTG**
5 & 6 MAC 2020, 10:00PG–12:00PTG*
Yuran: RM225/seorang
Pendaftaran: info@ilhamgallery.com
21 MAC 2020, 2;00PTG–5:30PTG
Yuran: RM180/seorang (2 keping karya saiz A4; termasuk kertas cat air, cat dan pen lukisan (kegunaan dalam kelas))
Garisan dan Sapuan ialah satu proses lukisan mengguna garisan untuk melukis rupa, bentuk dan perincian, sementara sapuan memberi warna dan nilai bidang. Lazimnya garisan dibuat dengan pen dan dakwat, disokong warna lut cahaya untuk mengindahkan lukisan dan menghasilkan karya menarik. Teknik ini diminati ramai pelukis jalanan.
Pendaftaran: WhatsApp +60173343389 (Rei Yap)
28 MAC 2020, 10:30PG–2:00PTG
Yuran: RM170/seorang
Penjilidan Belgian Secret adalah satu cara menjilid buku mengguna jahitan pertama dan jahitan kedua, untuk menghasilkan corak jahitan yang jelas kelainannya pada kuli dan tulang buku. Ia dicipta oleh Anne Goy, seorang penjilid buku Belgium, pada tahun 1986, dan menyerupai jilidan cucuk Jepun dengan tulang satah bila tutup atau buka.
Pendaftaran: littlesyam@gmail.com
29 MAC 2020, 10:30PG–2:00PTG
Yuran: RM160/seorang
Cara menjilid buku mengguna jahitan koptik menghasilkan tulang yang terdedah yang membolehkan buku dibuka satah sepenuhnya. Ianya direka oleh puak Kristian awal di Mesir, Koptik; mempunyai jahitan bercorak tocang atau rantai yang unik.
Pendaftaran: littlesyam@gmail.com
4 APR 2020, 10:30PG–12:30PTG
Elaine Chiew ialah seorang penulis dan penyelidik seni tampak. Beliau ialah penulis The Heartsick Diaspora and other stories (Random House SEA dan Myriad Editions UK, 2019 72020), serta penyusun dan editor Cooked Up: Food Fiction From Around the World (New Internationalist, 2015). Dua kali memenangi Bridport Short Story Competition, beliau telah menerbit beberapa buah cerita dalam antologi di UK,US dan Singapura. Ia juga menulis fiksyen flash dan telah dua kali disenaraikan dalam Wigleaf Top 50, dicalonkan untuk Pushcart Prize sebanyak empat kali dan diterbit dalam Best Small Fictions (sonder Press,2019) dan Dzanc Books’ Best of the Web (2010). Beliau kini menulis secara bebas untuk ArtReview Asia dan ArtsEquator. Elaine tinggal di Singapura.
Untuk maklumat lanjut hungungi kami info@ilhamgallery.com
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG