Jurugambar-jurugambar pemenang tahun ini membawa pelawat sekitar pameran KLPA.
Bengkel Fotografi Ibu, Bapa oleh Anak-anak: Potret Pengalaman Sekeluarga.
Konsep dan Amalan.
15 & 22 September 2019
Salah satu cabaran terbesar dalam amalan potret ialah memotret ahli keluarga sendiri. Kerana sudah terbiasa dan keadaan hubungan peribadi atau sekatan-sekatan yang lain, kadang-kala kita cenderung untuk tidak mengambil gambar saudara terdekat kita dengan perhatian atau keghairahan yang sama seperti orang luar. Dalam bengkel ini kita akan mendalami perbincangan mengenai penghasilan konsep dan jalan cerita sebagai potret kajian ibu bapa dan keluarga. Peserta akan merancang dan menghasilkan sesi potret di rumah berdasarkan konsep dan kemudian dipersembahkan kepada yang lain dalam sesi kedua.
Sesi 1 - Sabtu 15 September 2019,11:00 pagi - 2:00 petang
Sesi 2 - Ahad, 22 September 2019, 11:00 pagi - 4:00 petang
Bersama Nadirah Zakariya dan Steven Lee.
Yuran: RM400 seorang. Tempat adalah terhad.
Pendaftaran: info@ilhamgallery.com atau nadirah.net@gmail.com
Konsep ‘diri’ dalam potret diri selalu menjadi subjek pilihan oleh ramai seniman dan jurugambar terkenal di dalam era moden ini. Idea seseorang boleh ‘memancarkan’ persona yang berlainan melalui penilaian diri, ekspresi artistik dan identiti palsu melalui potret diri telah membuka jalan kepada jurugambar seperti Cindy Sherman untuk menghasilkan projek-projek yang mencapai sambutan kiritis.
Bengkel satu hari ini akan membolehkan setiap peserta memecahkan sekatan untuk menghasilkan potret diri yang mencabar dengan bantuan peserta lain dan fasilitator. Kamera digital dan tripod (pilihan) diperlukan.
Dibawakan oleh Nadiyah Zakariya
RM100 seorang. Tempat adalah terhad.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG