PROGRAM


Jika anda seorang artis yang tinggal dan bekerja di Malaysia, kami ingin menjemput anda memohon untuk menyertai pameran terbuka yang pertama Galeri ILHAM. 

Pameran Seni ILHAM ini adalah sebuah pameran tiga tahun sekali untuk para artis mapan dan baru muncul menghasilkan karya baharu. Mereka yang dipilih akan diberi bantuan kewangan bagi penghasilan karya. Pameran Seni ILHAM bertujuan membantu dan menggalak kegiatan seni kontemporari di Malaysia sambil merangsang perbincangan dan wacana awam yang kritis. 

Pameran pertama akan diadakan di Galeri ILHAM pada Februari hingga Julai 2022.

Untuk layak dipertimbangkan para artis perlu mematuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

JEMPUTAN PENYERTAAN (PDF)

SOALAN-SOALAN LAZIM (PDF)

SIAPA LAYAK MEMOHON?

  1. Pameran Seni ILHAM terbuka kepada artis yang tinggal di Malaysia (warganegara dan bukan warganegara) berumur 21 tahun ke atas. 

  2. Artis individu atau kumpulan usaha sama. 

PERMOHONAN

SILA MEMOHON DI SINI

  1. Permohonan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. 

  2. Setiap permohonan perlu mengandungi satu cadangan sahaja.

  3. Syarat permohonan:

    • Biodata artis (tidak melebihi 500 patah perkataan). 

    • Kenyataan artis berkaitan karya cadangan (tidak melebihi 500 patah perkataan). 

    • Karya cadangan – maksimum 5 imej, skema, lukisan, atau sebagainya (format JPEG saiz maksimum 1MB). Jika karya anda melibatkan imej bergerak atau bunyian, sila sertakan pautan URL untuk akses kepada fail video dan bunyi.

    • Anggaran kos karya cadangan. Setiap artis akan menerimakan pembiayaan pengkaryaan bernilai antara RM2,000 hingga RM8,000, tertakluk kepada cadangan karya dan rundingan dengan pihak ILHAM. 

    • Karya Terkini - Artis boleh menghantar sehingga 5 contoh karya di dalam fail PDF. Ia perlu dilabel jelas dengan tajuk, bahan dan saiz dalam satu dokumen PDF. Jika karya terkini anda melibatkan video, sila sertakan pautan URL untuk akses kami. 

CADANGAN KARYA

  1. Karya harus original dan dihasilkan sendiri oleh artis atau kumpulan seni usaha sama. 

  2. Karya boleh dihasilkan dalam apa sahaja bahantara termasuk catan, lakaran, arca, bahan campuran, fotografi, instalasi dan media baru. 

  3. Oleh kerana ruang galeri terhad, saiz karya (atau jika lebih daripada satu bahagian, setiap bahagian) tidak boleh melebihi 0.9 meter (lebar) × 2.3 meter (tinggi) dan 2.7 meter (dalam). 

  4. Jika dipilih untuk pameran, setiap artis akan menerima pembiayaan pengkaryaan (RM2,000 – RM8,000) daripada Galeri ILHAM.

TARIKH PENYERAHAN

Penyertaan ILHAM Art Show dibuka pada jam 11:00 pagi, 20 Mei 2021 dengan tarikh tutupnya pada jam 11:59 malam, 23 Julai 2021.

PROSES PEMILIHAN

  1. Pameran Seni ILHAM bertujuan menjadi wadah persembahan karya original yang mencerminkan semangat seni rupa Malaysia dalam kepelbagaiannya. 

  2. Permohonan akan dikaji oleh panel pemilihan untuk mempertimbangkan karya yang mereka anggap penting, berkaitan dan kena pada masa. 

  3. Berdasarkan jangkaan minat dan jumlah permohonan yang besar, para kurator Galeri ILHAM akan membuat penyaringan permohonan yang juga boleh dilihat oleh panel pemilih. 

  4. Artis yang terpilih akan dimaklum secara rasmi menerusi emel pada 1 September 2021.

  5. Ahli panel pemilihan ialah Rahel Joseph, Pengarah Galeri ILHAM, Shabbir Hussain Mustafa, Kurator Kanan, Galeri Nasional Singapura dan Zoe Butt, Pengarah Artistik The Factory Contemporary Arts Centre, Vietnam. 

  6. Keputusan Panel Pemilih adalah muktamad dan rayuan surat-menyurat tidak akan dilayan.

PAMERAN SENI ILHAM 2022

  1. Artis yang terpilih akan dijemput untuk menghasilkan karya cadangan mereka yang akan dipamerkan dalam Pameran Seni ILHAM dari Februari hingga Julai 2022. Karya penyertaan haruslah asli dan tidak pernah dipamerkan di mana-mana pameran sebelum ini. 

  2. Para kurator Galeri ILHAM akan melawat studio (atau membuat panggilan Zoom, bergantung lokasi) setiap artis terpilih untuk membincangkan karya. Setiap artis akan menerima pembiayaan pengkaryaan bernilai RM2,000 – RM8, 000 (jumlah tertakluk kepada jenis karya cadangan dan kelulusan pihak Galeri ILHAM). Artis akan mendapat sokongan pihak kuratorial Galeri ILHAM sepanjang proses ini. 

  3. Galeri ILHAM akan menguruskan hal pengambilan dan pengangkutan karya pada bulan Januari 2022, mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh Galeri. 

  4. Keputusan mengenai susun letak dan penggantungan karya akan dibuat oleh pihak pameran Galeri ILHAM sambil bekerjasama dengan artis dalam hal pemaparan karya. 

  5. Artis bersetuju untuk tidak menarik keluar karya sebelum pameran berakhir.

HAKCIPTA/PENGGUNAAN KARYA UNTUK PROMOSI

  1. Artis terpilih bersetuju membenarkan Galeri ILHAM dan pihak media mengguna imej karya untuk tujuan perbincangan kritis, laporan berita, iklan dan publisiti, promosi dan penerbitan. 

  2. Artis bertanggung jawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak. Penyertaan yang didapati melanggar hak milik budaya dan hak moral individu atau kumpulan artis akan dilucutkan kelayakan.

TARIKH PENTING

  • 20 Mei 2021 - Permohonan penyertaan Pameran Seni ILHAM 2022 dibuka 
  • 23 Julai 2021 - Tarikh tutup permohonan 
  • Ogos 2021 - Panel Pemilihan bertemu untuk memilih artis Pameran Seni ILHAM 
  • September 2021 - Calon terpilih dimaklumkan secara rasmi oleh Galeri ILHAM 
  • Oktober - Disember 2021 - Calon terpilih menerima pembiayaan pengkaryaan 
  • Januari 2022 - Pengambilan karya siap. Instalasi Pameran Seni ILHAM 
  • Februari 2022 - Pameran Seni ILHAM dibuka dengan rasmi 

HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pameran Seni ILHAM
Aras 3, ILHAM Tower 
No. 8, Jalan Binjai 
50540 Kuala Lumpur

ilhamgallerykl@gmail.com

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM