Pengalaman Kotagede

PROGRAMOKT 2017-FEB 2018

BICARA ILHAM

Pengalaman Kotagede

4 NOV 2017, 4:30PTG

Kotagede adalah tapak ibukota asal Kesultanan Islam Mataram, kerajaan besar Jawa yang terakhir sebelum penjajahan Belanda. Apabila empayar Mataram mencapai kemasyhuran di awal kurun ke-17, tukang-tukang kraf Hindu diupah untuk mengindahkan dinding-dinding kota sementara ramai tukang, khususnya tukang perak, tertarik untuk datang ke kota ini demi memenuhi keperluan istana- istana raja yang kaya. Kejatuhan empayar Mataram beberapa kurun selepas itu telah mengakibatkan kemelesetan ekonomi di kota ini. Walau bagaimanapun, Kotagede masih merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil kota lama bertembok di Jawa yang memiliki sejumlah besar bangunan tradisional dan pelbagai kelompok tukang kraf yang semakin diancam kepupusan.

Kumpulan seni bina komuniti Arkomjogja, beberapa tukang perak dari Kotagede, Yogyakarta dan Pengarah Air Asia Foundation Yap Mun Ching akan membincangkan mengenai pendekatan- pendekatan berteraskan komuniti yang sedang diambil untuk menangani isu-isu pemuliharaan dan pelestarian Kotagede dan tukang-tukang kraf yang ada di sana.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM