Boom Boom Bang: Play & Parody in 1990s K.L.
Tayangan Filem
Dengan kerjasama SIAR dan Wayang Budiman
Perempuan, Isteri dan… (1993)
Diikuti dengan perbualan bersama U-Wei Haji Saari (Pengarah) dan Sofia Jane (Pelakon), moderator Ridhwan Saidi
26 Okt 2024, 3:00pm
Hati Bukan Kristal (1990)
Diikuti dengan perbualan bersama Habsah Hassan (Penerbit), moderator Ridhwan Saidi
24 Nov 2024, 3:00pm
Bintang Malam (1991)
Diikuti dengan perbualan bersama Adman Salleh (Director) and Shaharuddin Thamby (Actor), moderator Ridhwan Saidi
18 Jan 2025, 3:00pm
Ketiga-tiga filem ini dihasilkan pada awal tahun 90-an namun memiliki tona yang berbeza. Perempuan, Isteri dan… (1993) mempamerkan kehidupan pendalaman, meneroka hubungan kompleks dan sengit antara lelaki dan wanita. Hati Bukan Kristal (1990) memaparkan kehidupan kota menuruti seorang wartawan wanita muda yang mula bekerja di surat khabar dan terjerat dengan jenayah urban. Bintang Malam (1991) adalah sebuah filem aksi berkisarkan seorang abang yang bekerja di luar negara sebagai kelasi kapal yang harus menyelamatkan adik perempuannya yang dipaksa melacur di kota.
Forum Filem
Ahli Panel: Nik Amir Mustapha (Pengarah Filem, Imaginur) and Ali Agung (Pengasas SIAR)
Moderator: Alee Isa (Wayang Budiman)
19 Jan 2025, 2:00pm – 5:00pm
Bual Bicara, Lawatan, Perbualan
A Torrid Tour of Books Banned in the 1990s
Bual Bicara bersama Amir Muhammad
16 Nov 2024, 3:00pm
Sejumlah 725 buah buku yang diharamkan di Malaysia pada tahun 1990-an oleh Kementerian Dalam Negeri. Bicara ini akan melihat tajuk dan mengkategorikan mereka menurut bahasa dan tema; dan juga laporan akhbar tentang rasional di sebalik pengharaman berprofil tinggi untuk mempertimbangkan apakah unsur-unsur terlarang yang terlibat. Contohnya, tahukah anda bahawa lebih banyak buku-buku berkaitan dengan “Al-Arqam” (54) berbanding dengan gabungan kategori “sex” dan “seks” (43)?
Ada beberapa tajuk buku yang kabur dan tidak disertakan dengan sinopsis, jadi khalayak diajak bersama untuk membayangkan isi kandungan buku tersebut, dan apakah ancamannya kepada mesyarakat. Visual muka hadapan buku tersebut juga akan ditayangkan untuk mempelajari rekaan lazim yang perlu dielakkan jika tidak mahu digam di Malaysia.
Dengan kerjasama PEN Malaysia
Apokalips: 1990s Kuala Lumpur – the Rainbow and the Dust
Bual Bicara bersama Eddin Khoo
7 Dis 2024, 3:00pm
Dengan kerjasama PUSAKA
Lawatan Berpandu
bersama Kurator Pameran: Simon Soon, Rahel Joseph, Azzad Diah, Ridhwan Saidi
14 Dis 2024, 11:00am
ILHAM Conversations
bersama artis / penyelidik Roopesh Sitharan dan Hasnul Jamal Saidon
4 Jan 2025, 3:00pm
Sertailah kami dalam sesi bersama artis dan penyelidik Roopesh Sitharan, yang akan berbicara dengan Hasnul Jamal Saidon, Profesor Madya Seni Elektronik dan Media Baru di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pengarah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM. Hasnul akan berkongsi pandangannya tentang perkembangan gerakan Media Baru di Malaysia pada tahun 1990-an, termasuk peranannya dalam membangunkan projek perintis seperti E-Art Asean Online, yang diasaskannya bersama Niranjan Rajah.
The Joy of Sharing
ILHAM Conversations with Hans Nefkens and Faisal Tehrani
11 Jan 2025, 3:00pm
ILHAM dengan sukacitanya menganjurkan perbualan bersama rakan kolaborasi jangka masa panjang kami dan juga sahabat, Han Nefkens, serta penulis dan dramatis Malaysia, Faisal Tehrani, bersempena penerbitan buku Han bertajuk The Joy of Sharing. Walaupun kebanyakan artis yang bekerja sama dengan Yayasan Han Nefkens terinspirasi dari sastera, namun dengan penerbitan, Yayasan tersebut mengambil pendekatan yang sebaliknya. Dalam meraikan 25 tahun penglibatan Han Nefkens sebagai aktivis dalam dunia seni, Yayasan ini telah menjemput 25 penulis dan penyair antarabangsa untuk menghasilkan penulisan berdasarkan video-video yang pernah diterbitkan yayasan tersebut. Hasil tulisan ini kini diterbitkan dalam buku The Joy of Sharing. Penulis Faisal Tehrani, yang tulisannya turut dimuatkan dalam penerbitan ini, akan menyertai Han Nefkens dalam perbincangan mengenai buku tersebut, proses penulisan, dan bagaimana seni video menjadi inspirasi.
Buku The Joy of Sharing akan tersedia untuk pembelian semasa acara berlangsung.
Bacaan Pementasan Hangus dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu
bersama penulis Hatta Azad Khan dan pelakon Imuda
25 Jan 2025, 3:00pm
Sertai bersama kami untuk bacaan pementasan Hangus, sebuah episode dari sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu diikuti sesi perbincangan bersama penulis Hatta Azad Khan dan pelakon Imuda.
Pembaca: Mia Sabrina Mahathir, Roshafiq Roslee, Tharwa Karina, Tarrant Kwok, Grace Ng, Eff Hakim, Hafreez Amminuddin and Nurul Aizam
Arahan: Ridhwan Saidi
The End of the Nineteen-Nineties
bersama pengarang Hafiz Noor Shams
8 Feb 2025, 3:00pm
Ahli ekonomi dan penulis buku The End of the Nineteen-Nineties Hafiz Noor Shams berbicara tentang bukunya yang meneroka kejadian-kejadian penting di Malaysia pada tahun 1990-an dan kesan panjangnya terhadap negara.
Malaysian Rock Music & Development of Sub-Cultures
ILHAM Conversations with Joe Kidd
22 Feb 2025, 3:00pm
Pemuzik punk rock dan ahli arkib Joe Kidd membawa kita dalam perjalanannya menjejak kembali kebangkitan muzik rock dan alternatif dan subbudaya remaja di Malaysia pada tahun 1990-an.
Art in a Time of Change: Artistic Responses in 1990s Malaysia
Bual Bicara bersama ahli sejarah seni Sarena Abdullah
8 Mac 2025, 3:00pm
Sertai kami dalam bicara bersama ahli sejarah seni Sarena Abdullah yang meneroka bagaimana artis di Malaysia merespon terhadap perubahan besar sosio-politik negara ketika di tahun 1990-an.
Sarena Abulla, PhD merupakan seorang ahli sejarah seni dan Profesor Madya Sejarah Seni di Pusat Pengajian Seni Universiti Malaysia (USM). Beliau telah dianugerahkan untuk julung kalinya di London, Asia Research Award oleh Paul Mellon Centre for Studies in British Art (PMC) dan Asia Art Archive, Hong Kong pada tahun 2017. Beliau juga alumni kepada CAA-Getty International Program. Buku beliau mengenai Malaysia Art since the 1990: Postmodern Situation (2018) telah diterbitkan pada tahun 2018.