ILHAM Art Show 2025: Jemputan Penyertaan
Jika anda seorang artis yang tinggal dan bekerja di Malaysia, atau warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, kami ingin menjemput anda memohon untuk menyertai pameran terbuka yang kedua Galeri ILHAM.
ILHAM Art Show ini adalah sebuah pameran tiga tahun sekali untuk para artis mapan dan baru muncul menghasilkan karya baharu. Mereka yang dipilih akan diberi bantuan kewangan bagi penghasilan karya. ILHAM Art Show bertujuan membantu dan menggalak kegiatan seni kontemporari di Malaysia sambil merangsang perbincangan dan wacana awam yang kritis.
ILHAM Art Show 2025 akan diadakan di Galeri ILHAM pada Oktober 2025 – Mac 2026.
JEMPUTAN PENYERTAAN (PDF) SOALAN-SOALAN LAZIM (PDF)
SIAPA LAYAK MEMOHON?
- ILHAM Art Show terbuka kepada artis berumur 21 tahun ke atas. Ini termasuk:
- Artis yang tinggal dan bekerja di Malaysia (warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia).
- Artis warganegara Malaysia yang menetap di luar negara.
- Artis individu atau kumpulan usaha sama.
PERMOHONAN
SILA MEMOHON DI SINI
- Permohonan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
- Setiap permohonan perlu mengandungi satu cadangan sahaja.
- Syarat permohonan:
- Biodata artis (tidak melebihi 500 patah perkataan).
- Kenyataan artis berkaitan karya cadangan (tidak melebihi 500 patah perkataan).
- Karya cadangan – maksimum 5 imej, skema, lukisan, atau sebagainya (format JPEG saiz maksimum 1MB).
- Anggaran kos karya cadangan. Setiap artis akan menerimakan pembiayaan pengkaryaan bernilai antara RM2,000 hingga RM10,000, tertakluk kepada cadangan karya dan rundingan dengan pihak ILHAM.
- Karya Terkini – Artis boleh menghantar sehingga 5 contoh karya di dalam fail PDF. Ia perlu dilabel jelas dengan tajuk, bahan dan saiz dalam satu dokumen PDF. Jika karya terkini anda melibatkan video, sila sertakan pautan URL untuk akses kami.
CADANGAN KARYA
- Karya harus original dan dihasilkan sendiri oleh artis atau kumpulan seni usaha sama.
- Karya boleh dihasilkan dalam apa sahaja bahantara termasuk catan, lakaran, arca, bahan campuran, fotografi, instalasi dan media baru.
- Oleh kerana ruang galeri terhad, saiz karya tidak boleh melebihi 3m (tinggi) × 3m (lebar) × 3m (dalam). Jika karya lebih daripada satu bahagian, setiap bahagian tidak boleh melebihi 1.9m (tinggi) × 2.5m (lebar) × 0.9m (dalam).
- Jika dipilih untuk pameran, setiap artis akan menerima pembiayaan pengkaryaan (RM2,000 – RM10,000) daripada Galeri ILHAM untuk digunakan dalam pembikinan karya yang cadangkan.
TARIKH PENYERAHAN
Penyertaan ILHAM Art Show dibuka pada jam 11:00 pagi, 10 September 2024 dengan tarikh tutupnya pada jam 11:59 malam, 31 Disember 2024.
PROSES PEMILIHAN
- ILHAM Art Show bertujuan menjadi wadah persembahan karya original yang mencerminkan semangat seni rupa Malaysia dalam kepelbagaiannya.
- Permohonan akan dikaji oleh panel pemilihan untuk mempertimbangkan karya yang mereka anggap penting, berkaitan dan kena pada masa.
- Berdasarkan jangkaan minat dan jumlah permohonan yang besar, para kurator Galeri ILHAM akan membuat penyaringan permohonan yang juga boleh dilihat oleh panel pemilih.
- Artis yang terpilih akan dimaklum secara rasmi menerusi emel pada Mac 2025.
- Keputusan Panel Pemilih adalah muktamad dan rayuan surat-menyurat tidak akan dilayan.
ILHAM ART SHOW 2025
- Artis yang terpilih akan dijemput untuk menghasilkan karya cadangan mereka yang akan dipamerkan dalam ILHAM Art Show dari Oktober 2025 hingga Mac 2026. Karya penyertaan haruslah asli dan tidak pernah dipamerkan di mana-mana pameran sebelum ini.
- Para kurator Galeri ILHAM akan melawat studio (atau membuat panggilan Zoom, bergantung lokasi) setiap artis terpilih untuk membincangkan karya. Setiap artis akan menerima pembiayaan pengkaryaan bernilai RM2,000 – RM10, 000 (jumlah tertakluk kepada jenis karya cadangan dan kelulusan pihak Galeri ILHAM). Artis akan mendapat sokongan pihak kuratorial Galeri ILHAM sepanjang proses ini.
- ILHAM akan mengurus dan menanggung kos pengambilan dan penghantaran karya dari lokasi di serata Malaysia ke ILHAM. Manakala, artis menetap di luar negara, yang karya siapnya juga di luar negara, perlu membiayai sendiri kos penghantaran dan pengambilan karya dari lokasi ke ILHAM dan juga sebaliknya.
- Keputusan mengenai susun letak dan penggantungan karya akan dibuat oleh pihak pameran Galeri ILHAM sambil bekerjasama dengan artis dalam hal pemaparan karya.
HAKCIPTA/PENGGUNAAN KARYA UNTUK PROMOSI
- Artis terpilih bersetuju membenarkan Galeri ILHAM dan pihak media mengguna imej karya untuk tujuan perbincangan kritis, laporan berita, iklan dan publisiti, promosi dan penerbitan.
- Artis bertanggung jawab untuk memastikan karyanya tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak. Penyertaan yang didapati melanggar hak milik budaya dan hak moral individu atau kumpulan artis akan dilucutkan kelayakan.
TARIKH PENTING
2024 September – Permohonan penyertaan ILHAM Art Show 2025 dibuka
2024 Disember – Tarikh tutup permohonan
2025 Januari – Pasukan ILHAM akan menilai semua penyertaan
2025 Januari – Senarai pendek akan dihantar kepada Panel Pemilih
2025 Februari – Panel Pemilihan bertemu untuk memilih artis ILHAM Art Show
2025 Mac – Calon terpilih dimaklumkan secara rasmi oleh Galeri ILHAM
2025 April – Calon terpilih menerima pembiayaan pengkaryaan
2025 September – Pengambilan karya siap. Instalasi ILHAM Art Show
2025 Oktober – ILHAM Art Show dibuka dengan rasmi
HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ILHAM Art Show
Aras 3, ILHAM Tower
No. 8, Jalan Binjai
50540 Kuala Lumpur
Malaysia
ilhamgallerykl@gmail.com