PROGRAM


Nirmala Dutt: Statements

RISALAH PAMERAN

OGOS 2023

27 OGOS 2023 (11:00 AM – 12:00 PM)
Lawatan berpandu pameran bersama para kurator, Beverly Yong, Rahel Joseph, Snow Ng dan Ellen Lee


SEPTEMBER 2023

9 SEPTEMBER 2023 (5:30 PM – 6:30 PM)
Perbincangan panel bersempena projek pangkalan maklumat Southeast Asian Censorship

Pada tahun 1986, dua karya Nirmala Dutt, Friend in Need dan Save the Seed that will Save the Black People telah dturunkan dari pameran Side by Side, sebuah pameran seni kontemporari British-Malaysia yang berlangsung di Balai Seni Negara Malaysia. Penurunan dua karya oleh pengawai yang iri hati dari Persatuan Malaysia-British sebaik sahaja sebelum majlis pembukaan dikutuk oleh komuniti seni sebelum Syed Ahmad Jamal, pengarah Balai Seni Negara ketika itu mengarahkan penggantungan semula karya tersebut. Peristiwa tersebut diambil sebagai titik masuk bagi membincangkan beberapa kes penapisan seni visual yang penting di Malaysia, Filipina, dan Vietnam. Bagaimana pencabulan terhadap kebebasan bersuara dalam seni dibingkai dan diwajarkan? Apa yang membuatkan sesebuah karya yang pada awalnya diterima menjadi kontroversi? Apakah tindak balas dari pihak berkepentingan seni apabila berlaku serangan terhadap seni?

Panel ini diatur sebagai sebahagian dari projek pangkalan maklumat Southeast Asian Arts Censorship untuk mengkaji dan dokumentasi penapisan seni dan budaya di rantau ini. 

Para panel termasuk Kathy Rowland, Pengasas Projek dan Pengarah, ArtsEquator, Linh Le, Penyelidik, Vietnam dan Katrina Stuart Santiago, Penyelidik, Filipina.


OKTOBER 2023

21 OKTOBER 2023 (11:00 AM – 12:00 PM)
Lawatan berpandu pameran bersama para kurator, Beverly Yong, Rahel Joseph, Snow Ng dan Ellen Lee

21 OKTOBER 2023 (2:00 PM – 6:00 PM)
Wayang Tek-tek: Pembentangan dan bengkel bersama Fairuz Sulaiman

Nirmala mempelajari wayang kulit di Jakarta dan menyertakan unsur-unsur wayang dalam karya beliau. Meneruskan kesinambungan ini, kami menjemput Fairuz Sulaiman untuk mempersembahkan hasil projek Wayang Tek-tek, sebuah program pendidikan teater dari anak-anak komuniti orang asal dalam negara ini. Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan anak-anak dengan kemahiran bercerita secara artisitik dengan gabungan teater, wayang kulit, video dan bunyian.

28 OKTOBER 2023 (11:00 AM – 4:00 PM)
Drypoint Workshop with Chetak 17
Yuran: RM120

Peserta akan mempelajari langkah-langkah menghasilkan cetakan intaglio menggunakan teknik turisan kering bersama artis Chetak 17. Turisan kering merupakan teknik cetakan di mana artis akan menuris permukaan plat secara manual dengan jarum halus untuk diisikan dakwat. Tidak seperti teknik goresan, tiada bahan kimia yang akan digunakan untuk mendapatkan hasil akhir. Chetak 17 adalah sebuah kolektif cetakan khusus memperkenalkan semula cetakan sebagai medium seni dan membawa teknik ini kepada khalayak baru.


NOVEMBER 2023

18–19 NOVEMBER 2023
Minggu Tayangan Filem Alam Sekitar
(Butiran akan menyusul)


DISEMBER 2023

2 DISEMBER 2023 (3:00 PM)
Semakin hari semakin panas

Sedang planet semakin kepanasan, mengapa perlu kita menaikkan suhu sehingga 1.5°C? Dan, adakah kereta elektrik, menjadi vegetarian dan mengurangkan plastik akan dapat membantu? Wartawan alam sekitar SL Wong akan membawa anda menelusuri fakta dan mitos. Acara ini akan dipersembahkan oleh Macaranga, portal kewartawanan alam sekitar tempatan, yang menjalankan penyelidikan mendalam, analisis dan kisah-kisah berkaitan seperti penggunaan hutan, pemuliharaan laut dan perubahan iklim.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM