TARIKH: 12 OGOS 2017
MASA: 3.00PTG
“Memisahkan pelajar dari politilk bermakna mengasingkan mereka dari masyarakat” — Khong Kim Hoong, presiden Majlis ke-10 Kesatuan Pelajar Universiti Malaya (1969)
Autonomi pelajar, Kesatuan Pelajar, kerajaan pelajar, Speakers’ Corner dan Perarakan Solidariti — tahun 1960an selalu saja disebut sebagai era emas gerakan pelajar Malaysia, sebelum termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti pada 1971. Gerakan pelajar ini mencapai kemuncaknya bila mana gerakan ini menyertai Pilihanraya Umum 1969 dengan mengeluarkan Manifesto Pelajar dan menjelajah beberapa bandar-bandar utama sekitar Semenanjung dengan siri rapat umum bersama beribu-beribu penduduk Malaysia.
Fahmi Reza akan membentangkan penyelidikan berterusan beliau tentang suatu sisi sejarah Malaysia yang kurang mendapat pendedahan dengan syarahan multimedia yang akan menggabungkan foto-foto yang jarang dilihat, rakaman video, laporan akhbar, material arkib dan temubual.
Nota: Syarahan akan diadakan dalam Bahasa Malaysia.
2015-2024 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG