PROGRAM


Titik Garis Bentuk: Drawing as Practice

RISALAH PAMERAN

Program Umum


Persembahan Satu Hari Quilt of the Dead

30 Mac 2024, 11:00am – 6:00pm
(Rehat tengahari dari 1:00pm – 2:00pm)

Sertai kami bersama artis Chang Yoong Chia untuk persembahan Quilt of the Dead yang akan berlangsung selama satu hari di galeri.

Bicara ILHAM: Eddin Khoo

20 April 2024, 4:00pm – 5:30pm

Ritual, seperti yang dinilaikan oleh pengasas PUSAKA, Eddin Khoo, adalah amalan bersifat peribadi bertujuan untuk menenteramkan jiwa, duduk di pelantar keajaiban, puisi dan spekulasi. Dalam kebudayaan Asia Tenggara, khususnya di Kepulauan Melayu, sistem kepercayaan selalu sahaja berkisarkan konsep angin atau semangat, yang berakar dari kefahaman terhadap sifat dan keinginan manusia sebagai asas membentuk karakter dan semangat kreatif individu. Peralihan dari individu kepada masyarakat boleh mengakibatkan tekanan antara kehendak peribadi dan tanggungjawab bermasyarakat, diredakan menerusi ritual yang menawarkan kelegaan emosi dan menguatkan lagi hubungan keluarga dan sosial. Dalam konteks ini, upacara ritual bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara individu dan masyarakat di samping memperakui kuasa tamsilan, imaginasi kiasan dan mitos sebagai cara pandang dunia yang merangkumi komuniti, memori, dan susur galur keturunan. Kitaran berulang penceritaan, seperti Wayang Kulit, menggambarkan imaginasi epik dan kerangka fikiran masyarakat tradisional, mencabar tanggapan moden yang mengutamakan kewajaran empirik daripada pemahaman mitologi.  
Dalam syarahan ini, Eddin Khoo juga akan meneroka bagaimana seniman kontemporari di Malaysia dan serantau bergulat dengan dorongan ritual, dengan menyentuh tentang beberapa karya yang dipamerkan dalam pameran terkini Galeri ILHAM, Titik Garis Bentuk: Drawing as Practice.
Syarahan ini diaturkan oleh PUSAKA dengan kerjasama Galeri ILHAM.

Bicara ILHAM: 13 Mei oleh Ong Kar Jin

18 May 2024, 5:00pm

Surat dari seorang bapa kepada anaknya yang belajar di luar negara. Hari pertama setem memperingati Minggu Perpaduan Nasional. Tiket lumba kuda di Penang Turf Club. Bil elektrik – menggali sisa dari jualan pasar longgok, barang-barang lama, dan jumpaan secara tidak sengaja yang semuanya dihasilkan pada tahun yang malang tersebut. 
Dalam bicara istimewa ini, Ong Kar Jin menerokai bisikan dari objek-objek ini; dari kedut lipatannya terserlah suatu ruang dari bayangan, disaksikan dari nota-nota tepi.

Kelas Memasak Langkasuka

Tarikh TBC

Fee: RM250

Inilah peluang untuk mempelajari masakan yang ditampilkan dalam lukisan Langkasuka Roslisham Ismail (Ise). Sertai bersama seniman (dan chef) Azzaha Ibrahim yang akan menunjukkan cara memasak beberapa makanan tradisi Kelantan yang berakarkan kerajaan kuno Langkasuka. 
Daftar di info@ilhmagallery.com jika berminat.

AKSI MENGGAMBAR
Bersama Jalaini Abu Hassan

15 Jun 2024, 3:00pm – 6:00pm

Dalam program istimewa ini, seniman Jalaini Abu Hassan akan melukis lima buah lukisan bersaiz besar di dalam ruang galeri. Beliau juga akan menerangkan beberapa hal tentang bahan, proses, rupa dan makna.

BICARA SENIMAN
Bersama Syarifah Nadhirah

3 Ogos 2024, 11:00am
Forest Learning Centre, Taman Botani Perdana KL

Sertai bersama seniman Syarifah Nadhirah, pengarang buku Recalling Forgotten Tastes akan berkongsi tentang kajian tumbuhan pribumi, dan apa yang dipelajari beliau dari masyarakat Orang Asli tentang kemapanan, makanan dan hutan kita.

 

Bengkel


Bengkel Jurnal Kembara bersama Gladys Simpson

20 April 2024, 10:30am – 3:00pm
(45 minit rehat makanan dibawa sendiri dari 12:15pm – 1:00pm)

Yuran: RM320 untuk dewasa dan remaja, RM290 untuk kanak-kanak berumur 11–12 tahun yang datang bersama ibu bapa

Sertai Bengkel Jurnal Kembara bersama Gladys Simpson yang akan berkongsikan minat melakar dan kembara. Beliau akan mengajarkan asas lakaran dan teknik cat air, dan  menunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan jurnal kembara untuk pertama kali. 
SEMUA BAHAN BOLEH DIGUNAKAN: A5 Buku lakaran 40 muka surat bersaiz A5 dan pda lakaran buatan sendiri akan disediakan. Peserta juga boleh membawa pensil dan warna mereka sendiri.
Daftar di info@ilhamgallery.com.

Bengkel Menjilid Buku Little Syam

11 Mei 2024, 10:30am – 1:30pm
Yuran: RM180

Belajar cara teknik jahitan lubang butang pada buku berkulit keras. Ciri utama teknik ini ialah tanda terbuka yang terlihat di bahagian tulang buku. Semua bahan disediakan dan tidak memerlukan pengalaman. 
Daftar di littlesyam@gmail.com.

Jalan-Jalan Ilham: Bengkel Menghasilkan Zine bersama Bang Bang Zine

18 Mei 2024, 11:00am – 1:30pm
Yuran: Remaja / Dewasa RM120, Kanak-Kanak (Umur 4–12) RM80

Sertai kami meneroka dunia zine dan terilham darinya. Dalam sesi yang berlangsung selama 2.5 jam ini, anda akan diperkenalkan dengan konsep menghasilkan zine dari himpunan pustak BBZ. Anda akan mempelajari cara-cara membuat zine akordian, bertemakan perkara yang diinspirasikan dari keliling ILHAM. Antara proses yang dipelajari termasuk idea, rekaan dan lipatan.
Daftar di sini.

Bengkel Lukisan Arang

25 Mei 2024, 10:30am – 1:30pm
Fee: RM140

Terinspirasi dari lukisan arang bersaiz sebenar dalam pameran Titik Garis Bentuk dan pelajari menghasilkannya sendiri.

 

Lawatan Berpandu


Lawatan berpandu disediakan setiap hari Sabtu pada jam 11:00am.

Sila hantarkan e-mel ke info@ilhamgallery.com jika berminat kerana ruangan yang terhad.


 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM