PAMERAN KINI (ARAS 5)


Robert Rauschenberg and Asia

16 JUN – 1 NOVEMBER 2026 

Robert Rauschenberg (1925–2008, A.S.) diiktiraf secara meluas sebagai salah seorang artis yang paling inovatif dan berpengaruh pada abad kedua puluh. Karya-karyanya menjadi pemangkin kepada pelbagai perkembangan penting dalam seni pasca perang seperti Seni Pop, Seni Konseptual dan seni instalasi. Melalui praktik seni yang bersifat eksperimental, beliau mentakrif semula konsep objek seni dengan menggabungkan objek harian dan imej media massa ke dalam karya-karyanya, sekali gus mengaburkan batas antara catan dan arca. Pameran yang dianjurkan oleh M+ dengan kerjasama ILHAM Gallery ini merupakan tinjauan komprehensif yang pertama mengenai penglibatan Rauschenberg dengan Asia, dan merupakan sebahagian sambutan ulang tahun keseratus beliau pada tahun 2025. 

MAKLUMAT LANJUT

PAMERAN AKAN DATANG (ARAS 3)


Hsu Chia-Wei: Always Ambiguous With the Passage of Time

BERMULA 21 NOVEMBER 2026

Pameran ini mempersembahkan sekumpulan karya dari seorang artis Taiwan, Hsu Chia-Wei berkenaan Asia Tenggara dan Taiwan. Karya-karya ini yang digubah berdasarkan sumber dan teknologi bersejarah, dengan teliti menyiasat sisa-sisa arkib, tapak arkeologi, kajian saintifik, dan kisah kebiasaan lantas mengaktifkan kesemuanya menggunakan video, Realiti Maya, cetakan 3-D, dan kecerdasan buatan interaktif. Karya-karya ini juga dipersembahkan bersama landskap bunyi, temubual, futej dron, cerita rakyat, instalasi, dan alat rakaman seperti lukisan dan ensiklopedia—semuanya untuk meneliti, mengembangkan, dan memberi tekstur kepada perincian sedia padat sejarah dan kehidupan seharian. Babak-babak dari Utara Thailand, Indonesia ketika zaman penjajahan, Malaya (kini Malaysia dan Singapura), dan Taiwan tampak hidup dan memukau sebagai rujukan kepada masa lalu dan masa depan. 

MAKLUMAT LANJUT

Waktu Buka

  • Selasa – Sabtu, 11pg – 7ptg (waktu masuk akhir 6.30ptg)
  • Ahad, 11pg – 5ptg (waktu masuk akhir 4.30ptg)
  • Tutup pada hari Isnin dan cuti awam terpilih

PROGRAM


Garis Panduan Untuk Pengunjung

  • Bagi mengelak karya-karya seni daripada ditimpa kerosakan, kami meminta para pengunjung untuk tidak sesekali menyentuh sebarang karya yang dipamerkan
  • Makanan dan minuman tidak dibenarkan masuk ke dalam galeri
  • Walaupun kami tidak membenarkan penggunaan denyar (flash) kamera, namun kami menggalakkan orang ramai mengambil gambar di dalam galeri kami. Sila labelkan imeg instagram mana-mana karya yang anda gemari dengan #ilhamgallerykl
MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM