PAMERAN /

Chia-Wei Hsu:
Always Ambiguous With the Passage of Time

Bermula 22 November 2026 (Aras 3)

Lahir di Taichung, Taiwan pada tahun 1983, Chia-Wei Hsu kini menetap antara Taipei dan Maastricht, Belanda. Dia seorang artis, pembikin filem, dan kurato yang menggabungkan bahasa sinema dan seni kontemporari untuk menyiasat mekanisme rumit penghasilan imej. Karyanya bergantung kepada dimensi bahan dan persembahan proses penghasilan sinema dengan anggapan bahawa tindakan penggambaran itu sendiri sejenis peristiwa. Pendekatan disisih atau dikecualikan daripada naratif sejarah dominan.

Karya Hsu dengan kritisnya memeriksa media sebagai alat untuk membangunkan khayalan dunia. Dia memeriksa bagaimana teknologi pembuatan-imej digunakan bukan sekadar sebagai alat memori namun juga sebagai alat untuk mengunjurkan sudut pandangan kosmologikal. Hsu menerbitkan renungan masa kini tentang masa lalu dengan mengaktifkan semula dokumen bersejarah dan filem era kolonial, lantas menempatkan bahan arkib mengikut konteksnya untuk melahirkan lapisan makna baharu pada masa kini.

Hsu merupakan finalis untuk Anugerah HUGO BOSS ASIA ART pada tahun 2013 dan telah memenangi Hadiah Utama Tahunan untuk Anugerah Taishin Arts yang ke-15 pada tahun 2017. Pada tahun 2024, dia menerima Hadiah Eye Art & Film yang ke-10. Dia juga terlibat sebagai kurator untuk Asian Art Biennial tahun 2019 di Muzium Seni Halus Taiwan (Taichung, Taiwan), Pameran Seni Video Antarabangsa Taiwan pada tahun 2018 di Muzium Hong-Gah (Taipei, Taiwan), dan THAITAI: Satu Usaha untuk Kefahaman di Pusat Seni dan Budaya Bangkok (Bangkok, Thailand, 2012).

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM