PAMERAN /

Chia-Wei Hsu:
Always Ambiguous with the Passage of Time

Bermula 22 November 2026 (Aras 3)

 

Pameran Chia-Wei Hsu: Always Ambiguous with the Passage of Time ini mempersembahkan sekumpulan karya dari seorang artis Taiwan, Chia-Wei Hsu berkenaan Asia Tenggara dan Taiwan. Karya-karya ini yang digubah berdasarkan sumber dan teknologi bersejarah, dengan teliti menyiasat sisa-sisa arkib, tapak arkeologi, kajian saintifik, dan kisah kebiasaan lantas mengaktifkan kesemuanya menggunakan video, Realiti Maya, cetakan 3-D, dan bercerdasan buatan AI interaktif. Karya-karya ini juga dipersembahkan bersama landskap bunyi, temubual, futej dron, cerita rakyat, instalasi dan alat rakaman seperti lukisan dan ensiklopedia — semuanya untuk meneliti, mengembangkan, dan memberi tekstur kepada perincian sedia padat sejarah dan kehidupan seharian. Babak-babak dari Utara Thailand, Indonesia ketika zaman penjajahan, Malaya (kini Malaysia dan Singapura), dan Taiwan tampak hidup dan memukau sebagai rujukan kepada masa lalu dan masa depan. Cara babak-babak ini dialih bentuk secara visual dan dilingkung persekitaran menggamit perhatian kepada bagaimana ia mula dihasilkan, sekarang diletakkan ke masa kini, dan akan memulakan sangkaan akan kosmologi kemungkinannya. Babak-babak ini kini terikat rapat dengan ekologi dan geopolitik buatan mereka, seperti yang terlihat pada tanda tampak diterbitkan dari objek sebenar dan keabstrakan kehidupan maya dunia digital pada sisi lainnya. 

Hsu ialah seorang artis yang mempunyai banyak khayalan, dijalin dengan campuran menyeronokkan teknik dan matriks materi merentangi sekumpulan bentuk bersesuaian. Dia sudah sedia lali dengan tinggalan peristiwa bersejarah, ungkapan budaya popular, campur tangan mesin, dan penyertaan orang awam yang bertindak balas dengan seninya. Dalam situasi ini, mitos dan kegiatan seharian, fakta dalam dokumen dan cereka dalam penceritaan disatukan untuk mewujudkan suatu pembacaan dalam keadaan berbeza beserta sekelompok komuniti pentafsir dalam batasan makna yang mengujakan. Kerja luar jangkaan penting dalam etos dan semangat kreatif artis ini supaya proses pembikinan seninya sendiri, sebagai contoh rakaman sebuah senario, dianggap sebagai satu peristiwanya tersendiri yang tidak termaktub sebagai sebuah hasil yang lengkap. Gerak kerja ini bukan sahaja mencerminkan diri, ia juga berulang dan bersaling. Dalam praktisnya yang tidak menyempurnakan itu dia bertemu, malah menjemput, pelbagai daya dan minat yang kemudiannya menjadi ejen seninya. Tebaran spesis dunia tempatan disgabung dengan alat-alat elemen estetik. Ransangan alam atau budaya seperti tapir, patung di pekan, rumah di kampung, pengintip dan penonton, dan candu, antara beberapa watak ciptaan Hsu, menjadi dorongan untuk tindakan yand difikir panjang.

Justeru itu, Hsu peka dalam menyusun bahannya, teratur ketika menerangkannya dan dalam cara pamerannya dipersembahkan. Namun dia membiarkan ruang itu terbuka untuk benda-benda tercicir, menyelit keluar, kembali dan bergerak pergi. Inilah makna 'samar-samar' dalam tajuk pameran ini: ketidaktentuan dalam percampuran dan gerak hati. Dalam kesamaran ini adalah soal masa yang mengambil bentuk banyak rupa. Ia boleh jadi masa linear sejarah atau masa berkitar ritual. Ia boleh jadi masa moden seni atau masa kini ekologi. 

Karya-karya ini sangat penting untuk dikumpulkan di Kuala Lumpur. Pameran ini menawarkan sebuah kesedaran mendalam tentang hasil kerja Hsu yang ditujukan khas untuk Asia Tenggara. Melaluinya, ia merumitkan pelaburan berlebihan dalam kemodenan negara-bangsa dan kebangsaan, yang menjadi asas keantarabangsaan dan seranatu, tentang seni kontemporari antarabangsa dan identiti serantau. Melalui hujahnya yang menginginkan sebuah ruang bersama pameran, instalasi dan maya untuk didiami, dia menyeru kepulauan, hutan, pantai, banjaran pergunungan, cuaca dan jalan air Asia Tenggara untuk menghirup atmosfera alam deria yang dikongsi semua — dan juga penyebaran sulit sesuatu yang halus seperti dadah atau sukar ditawan seperti rusa.  (Patrick Flores, Kurator)

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM