Lawatan ke ILHAM


ALAMAT KAMI:

LEVELS 3 & 5, ILHAM TOWER
NO 8, JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR

GOOGLE MAPS   WAZE


ARAH DAN LALUAN KE ILHAM:

Lokasi kami adalah berhadapan dengan Troika dan Intercontinental Hotel dan 5 minit bagi yang berjalan kaki dari PETRONAS Twin Towers dan SURIA KLCC.

Dengan LRT

Ambil laluan Kelana Jaya dan keluar di stesen Ampang Park iaitu 2 minit jika berjalan kaki ke ILHAM.

Dengan MRT

Ambil laluan Putrajaya dan keluar di Persiaran KLCC iaitu 3 minit jika berjalan kaki ke ILHAM.

Memandu

Kemudahan meletak kenderaan terdapat di dalam bangunan. 

Bus Pelancong

Jika anda mengambil bas pelancong KL Hop-On Hop-Off (www.myhoponhopoff.com), sila turun di perhentian no.22 iaitu 5 minit dari ILHAM.

Tips untuk Ibu Bapa & Guru

MAKLUMAT UNTUK PELAWAT


Ilham Gallery & Gift Shop  buka kepada awam. Walau bagaimanapun, kami mengambil langkah-langkah untuk memastikan keselamatan semua pelawat dan kakitangan. Ini termasuk:

  • Hanya pengunjung lengkap vaksin dan berisiko rendah dibenarkan masuk ke dalam galer
  • Penjarakan sosial digalakkan di seluruh galeri

 Tolong bantu kami menjaga persekitaran yang selamat untuk kita semua.

LAWATAN BERPANDU


Kami menawarkan lawatan berpandu secara interaktif kepada kanak-kanak mengenai pameran yang sedang berlangsung. Lawatan yang direka untuk mendekatkan pelajar-pelajar dengan kebolehan memerhati dan membangunkan pemikiran kritis. Untuk tempahan lawatan , sila email kepada info@ilhamgallery.com untuk temujanji. Kami mengambil masa 7 -10 untuk tempahan lawatan berpandu.


Makanan dan Minuman


Lengkapkan kunjungan galeri anda dengan menikmati pelbagai pilihan kulinari yang tersedia di dalam Menara ILHAM. Daripada kopi dan hidangan tengah hari, hinggalah pengalaman menjamu selera bersama pemandangan panoramik bandaraya Kuala Lumpur.

1. Sal's

Sebuah deli moden yang menawarkan aneka sandwic dan kopi. Sesuai untuk menikmati hidangan ringkas sebelum meneruskan kunjungan ke galeri. Antara pilihan yang tersedia termasuk sandwic gourmet, pastri segar dan kopi yang disediakan menggunakan biji kopi pilihan.

2. Gaia's 

Destinasi santapan menyajikan hidangan istimewa dengan sentuhan masakan kontemporari, berlatarbelakangkan pemandangan indah latar langit Kuala Lumpur. Sesuai untuk menikmati makan tengah hari atau makan malam dalam suasana santai selepas mengunjungi pameran.

3. Neo

Sebuah ruang istirahat moden dengan suasana bergaya, menawarkan koktel, pilihan wain berkualiti serta hidangan ringan. Tempat yang sesuai untuk bersantai dan menikmati perbualan pada waktu malam selepas meneroka pameran.

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM