YAYASAN ILHAM
YAYASAN ILHAM 201801038471(1300502-A), sebuah yayasan bukan untung yang ditubuhkan pada 22 Oktober 2018 khusus untuk kerja-kerja kedermawanan dan amal termasuk mempromosikan seni, budaya dan pendidikan di Malaysia. YAYASAN ILHAM mengambil alih ILHAM Gallery dan Kedai Cenderamata pada 1 Januari 2019 yang sebelum ini diuruskan oleh IB Tower Sdn Bhd (969989-M) dari tahun 2015.ILHAM merupakan sebuah galeri seni awam yang beriltizam untuk mendokong usaha-usaha ke arah perkembangan, pemahaman serta penghayatan seni moden dan kontemporari Malaysia di dalam konteks serantau dan antarabangsa.
GALERI ILHAM
Ditubuhkan pada tahun 2015, Galeri ILHAM merupakan galeri seni awam yang beriltizam untuk mendokong pembangunan, kefahaman dan penghayatan seni moden dan kontemporari. Program pameran bergilir kami mencerminkan komitmen kami dalam menghubungkan pelbagai amalan artistik serantau dan antarabangsa, menjalin hubungan kerja dengan rakan seangkatan di seluruh dunia dan menggalakkan perbualan yang bermakna sekitar isu semasa.
ILHAM menyasarkan untuk menarik minat pelbagai jenis khalayak, dan berfungsi sebagai sumber kepada yang berkecimpung dalam bidang seni dan juga kepada khalayak yang menghayati seni sebagai suatu pengalaman baharu. Inisiatif pendidikan dan keterlibatan kami merapatkan khalayak kepada karya seni, seniman dan idea disebaliknya.
Masuk ke Galeri ILHAM adalah percuma kerana kami percaya bahawa seni harus mudah dicapai oleh segenap lapisan masyarakat.
2015-2025 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG