PAMERAN /
18 April 2026 – 11 July 2026
Lokasi Antarabangsa: KADIST, Paris, Perancis.
9 bis-21 Rue des Trois Frères, 75018 Paris, France.

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa satu iterasi pameran kami, The Plantation Plot, yang telah dipersembahkan di ILHAM Gallery, Kuala Lumpur dari 20 April hingga 28 September 2025 dengan kerjasama KADIST, akan dibawa ke Paris sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan antara kedua-dua institusi kami.
Pameran ini meneroka kesan sosial, politik dan ekonomi daripada warisan sistem perladangan global, dengan melihat ladang sebagai satu struktur sejarah serta ruang naratif, dikurasi oleh kurator muda Malaysia, Lim Sheau Yun.
Melalui filem, instalasi, fotografi dan pelbagai medium lain, artis yang terlibat dalam edisi pameran ini termasuk CATPC (Cercle d’art travailleurs de plantation congolaise), Kelly Sinnapah Mary, Thu-Van Tran, Basma al-Sharif, Nguyen Phuong Linh, Noara Quintana, dan Diane Severin Nguyen. Turut dipamerkan ialah karya tiga artis Malaysia – Gogularajaan Rajendran, Izat Arif, dan Minstrel Kuik.
TENTANG KADIST
KADIST merupakan sebuah organisasi seni kontemporari bukan berasaskan keuntungan yang percaya bahawa artis memberi sumbangan penting kepada masyarakat progresif melalui karya mereka, yang sering membincangkan isu-isu utama yang relevan pada masa kini.
Dengan komitmen untuk mempamerkan karya artis dari lebih seratus negara yang diwakili dalam koleksinya, KADIST menegaskan peranan seni kontemporari dalam wacana sosial serta memupuk hubungan baharu merentas budaya. Dengan hab di Paris serta kakitangan dan penasihat di lima benua, KADIST menganjurkan pameran, program fizikal The Plantation Plot (2026)
2015-2026 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG