PROGRAMMES


Majlis Perwakilan Pelajar ILHAM telah ditubuhkan pada tahun 2022 sebagai sebuah platform yang membolehkan pelajar dari seluruh Malaysia terlibat dalam perbincangan berkaitan seni dan idea. Setiap tahun, ahli majlis baharu akan dipilih. Melalui inisiatif ini, para ahli akan terlibat dalam program eksklusif yang direka oleh Galeri ILHAM bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang seni dan budaya secara menyeluruh. Sepanjang tempoh penggal, ahli boleh menjangkakan lawatan khas, bengkel dan sesi perkongsian bersama para profesional industri. Ahli juga akan diberi peluang untuk menyumbang kepada galeri, termasuk berkongsi idea serta terlibat dalam pengurusan kandungan media sosial. Ahli dijangka menghadiri perjumpaan bulanan sama ada secara bersemuka atau dalam talian (tarikh dan masa akan ditentukan). Pihak galeri akan menyusun jadual perjumpaan ini sebaik mungkin agar selaras dengan jadual persekolahan pelajar yang terpilih. Bagi memastikan penyertaan yang lebih inklusif, program ini menyokong penggunaan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Syarat-syarat peserta:

- Pelajar berumur diantara 14-18 tahun sahaja.

- Mempunyai minat ikhlas untuk mengembang pendidikan mereka tentang seni dan muzium.

- Bersedia memberi komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh penggal.

MOHON SEKARANG

JIKA ANDA BEKAS AHLI MAJLIS, sila mohon semula menggunai borang seturutnya.

MOHON SEMULA

Jika anda mempunyai sebarang soalan sila emel ilhamgallerykl@gmail.com.

 

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM