PAMERAN /

Hsu Chia-Wei: Always Ambiguous With the Passage of Time

Bermula 21 November 2026 (Aras 3)

 

Pameran Hsu Chia-Wei: Always Ambiguous With the Passage of Time ini mempersembahkan sekumpulan karya dari seorang artis Taiwan, Hsu Chia-Wei berkenaan Asia Tenggara dan Taiwan. Karya-karya ini yang digubah berdasarkan sumber dan teknologi bersejarah, dengan teliti menyiasat sisa-sisa arkib, tapak arkeologi, kajian saintifik, dan kisah kebiasaan lantas mengaktifkan kesemuanya menggunakan video, Realiti Maya, cetakan 3-D, dan kecerdasan buatan interaktif. Karya-karya ini juga dipersembahkan bersama landskap bunyi, temubual, futej dron, cerita rakyat, instalasi, dan alat rakaman seperti lukisan dan ensiklopedia—semuanya untuk meneliti, mengembangkan, dan memberi tekstur kepada perincian sedia padat sejarah dan kehidupan seharian. Babak-babak dari Utara Thailand, Indonesia ketika zaman penjajahan, Malaya (kini Malaysia dan Singapura), dan Taiwan tampak hidup dan memukau sebagai rujukan kepada masa lalu dan masa depan. Cara babak-babak ini dialih bentuk secara visual dan dilingkung persekitaran menggamit perhatian kepada bagaimana ia mula dihasilkan, sekarang diletakkan ke masa kini, dan akan memulakan sangkaan akan kosmologi kemungkinannya. Babak-babak ini kini terikat rapat dengan ekologi dan geopolitik buatan mereka, seperti yang terlihat pada tanda tampak diterbitkan dari objek sebenar dan keabstrakan kehidupan maya dunia digital pada sisi lainnya.

Hsu ialah seorang artis yang punyai banyak khayalan, dijalin dengan campuran menyeronokkan teknik dan matriks materi merentangi sekumpulan bentuk bersesuaian. Dia sudah sedia lali dengan tinggalan peristiwa bersejarah, ungkapan budaya popular, campur tangan mesin, dan penyertaan orang awam yang bertindak balas dengan seninya. Dalam situasi ini, mitos dan kegiatan seharian, fakta dalam dokumen dan cereka dalam penceritaan disatukan untuk mewujudkan suatu pembacaan dalam keadaan berbeza berserta sekelompok komuniti pentafsir dalam batasan makna yang mengujakan. Kerja luar jangkaan penting dalam etos dan semangat kreatif artis ini supaya proses pembikinan seninya sendiri, sebagai contoh rakaman sebuah senario, dianggap sebagai satu peristiwanya tersendiri yang tidak termaktub sebagai sebuah hasil yang lengkap. Gerak kerja ini bukan sahaja mencerminkan diri, ia juga berulang dan bersaling. Dalam praktisnya yang tidak menyempurnakan itu dia bertemu, malah menjemput, pelbagai daya dan minat yang kemudiannya menjadi ejen seninya. Tebaran spesis dunia tempatan digabung dengan alat-alat elemen estetik. Ransangan alam atau budaya seperti tapir, patung di pekan, rumah di kampung, pengintip dan penonton, dan candu, antara beberapa watak ciptaan Hsu, menjadi dorongan untuk tindakan yang difikir panjang, sebuah huraian lanjut atau ketersalinglibatan.

Justeru itu, Hsu peka dalam menyusun bahannya, teratur ketika menerangkannya dan dalam cara pamerannya dipersembahkan. Namun dia membiarkan ruang itu terbuka untuk benda-benda tercicir, menyelit keluar, kembali dan bergerak pergi. Inilah makna ‘samar-samar’ dalam tajuk pameran ini: ketidaktentuan dalam percampuran dan gerak hati. Dalam kesamaran ini adalah soal masa yang mengambil bentuk banyak rupa. Ia boleh jadi masa linear sejarah atau masa berkitar ritual. Ia boleh jadi masa moden seni atau masa kini ekologi. Kesamaran dan perjalanan yang dikumpul mengikut tanda masa sentiasa-bermula namun sentiasa-tepat telah mengubah projek artis ini. Masa akan dibeliak dan dilanjutkan olehnya, dikembalikan ke jelmaan masa lalu, dibiar asyik dalam kelangsungan melankolia, atau mencari gali dimensi ambangnya dengan alatan kini dan baharu. Berdasarkan ini, institusi muzium muncul kembali sebagai motif dan seiring itu sebuah pemusnahan yang menjalankan pameran dan logik perwakilan, keterlihatan, dan tawanan untuk diterangkan. Zoo dan gereja, pusat pengumpulan yang serupa dibuktikan berakar umbi daripada siasatan estetik dan sosial ini.

Karya-karya ini sangat penting untuk dikumpulkan di Kuala Lumpur. Pameran ini menawarkan sebuah kesedaran mendalam tentang hasil kerja Hsu yang ditujukan khas untuk Asia Tenggara. Melaluinya, ia merumitkan pelaburan berlebihan dalam kemodenan negara-bangsa dan kebangsaan, yang menjadi asas keantarabangsaan dan serantau, tentang seni kontemporari antarabangsa dan identiti serantau. Melalui hujahnya yang menginginkan sebuah ruang bersama pameran, instalasi dan maya untuk didiami, dia menyeru kepulauan, hutan, pantai, banjaran pergunungan, cuaca dan jalan air Asia Tenggara untuk menghirup atmosfera alam deria yang dikongsi semua—dan juga penyebaran sulit sesuatu yang halus seperti dadah atau yang sukar ditawan seperti rusa. Artis ini mengundang orang ramai untuk membayangkan dunia atau menduniakan bayangan dalam ingatan dan algoritma. Premis pameran ini menjelaskan bahawa uji kaji bentuk menjadi pengalaman tempat, dijelma dan diilhamkan, tepat masanya berlalu pergi—dan sentiasa dalam kesamaran. (Patrick Flores, Kurator)

MELANGGAN SURAT BERITA ILHAM