PAMERAN /

Siri program ini meletakkan pameran ROCI MALAYSIA (1990) oleh Robert Rauschenberg sebagai titik tolak sejarah untuk membuka ruang dialog. Berpandukan perspektif, serantau, merantau, program-program ini mewujudkan perbicaraan semasa antara legasi arkib Rauschenberg dan para pengamal seni kontemporari Malaysia yang meneroka imej, sisa bahan, bunyi dan ruang.
Bersama Russell Storer
Ahad, 14 Jun, 2:30PTG
Lawatan kuratorial oleh kurator pameran, Russell Storer, Kurator Kanan dan Ketua Hal Ehwal Kuratorial, M+.
Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran program ini telah dipenuhi.
Bengkel dikendalikan oleh kolektif seni, Chetak 12
Sabtu, 11 Julai, 2:00PTG-5:00PTG
Sebuah bengkel cetakan sutera (silkscreen) yang diinspirasikan oleh konsep asas Combine yang diperkenalkan oleh Rauschenberg, serta amalan beliau mencetak imej-imej media yang ditemui ke atas permukaan alternatif dan objek harian seperti keluli bersalut timah semasa lawatannya ke Malaysia. Harga untuk masuk: RM120. Sila e-mel info@ilhamgallery.com untuk berdaftar.
Perbicaraan oleh Pauline Fan
Sabtu, 18 Julai, 3:00PTG. Walk-in diterima.
Katalog asal 'ROCI MALAYSIA 1990' yang diterbitkan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu/Inggeris) menampilkan karangan yang disusun bersebelahan oleh penunlis tempatan Muhammad Haji Salleh dan kurator Amerika Donald Saff.
Melalui perbicaraan ini, Pauline Fan, seorang penulis dan penterjemah, akan meneliti kompleksiti kreatif dan politik dalam proses penterjemahan. Beliau akan membincangkan bagaimana identiti serantau yang pelbagai dan berbilang suara diterjemahkan menjadi naratif kebangsaan, sambil meninjau cabaran institusi serta kemungkinan puitis yang muncul apabila bahasa-bahasa budaya yang berbeza bertembung dalam sebuah penerbitan.
Perbicaraan oleh Wendi Sia dari Gerimis Art Project. Dalam Bahasa Inggris.
Sabtu, 1 Ogos, 3:00PTG.
Pada tahun 1970, Robert Rauschenberg telah mereka sebuah poster Hari Bumi yang pertama, poster tersebut menampilkan imej helang botak Amerika di tengah-tengah kolaj yang menggambarkan kemerosotan alam sekitar. Komposisi visual ini secara simbolik meletakkan Amerika Syarikat sebagai pusat kepada krisis alam sekitar yang sedang melanda dunia. Dilahirkan dan dibesarkan di Port Arthur, sebuah bandar minyak di Texas, sebelum menetap di Pulau Captiva yang terpencil di Florida, Rauschenberg menyaksikan sendiri kemusnahan kawasan tanah lembap, tumpahan minyak yang memusnahkan ekosistem, serta penyusutan populasi burung.
Karya-karya seni alam sekitar Rauschenberg lahir daripada pengalaman dan keperihatinannya terhadap kemusnahan tersebut. Beliau percaya bahawa “seni mampu membangkitkan kesedaran nurani setiap individu.” Seni menjadi wadah untuk beliau meluahkan rasa dukacita, meratapi kerosakan yang berlaku, serta menggesa tindakan terhadap krisis yang berpunca daripada manusia sendiri. Dalam karya cetakan litografinya yang bertajuk Last Turn—Your Turn, beliau menulis, “Kini adalah satu-satunya waktu yang kita miliki. Kita memerlukan semua kehidupan yang masih wujud untuk berusaha dengan penuh kesungguhan dan dedikasi jika tidak mampu membalikkan kematian yang hampir pasti ini, sekurang-kurangnya mengembalikannya kepada kehidupan.”
Kini, kesan krisis alam sekitar dan perubahan iklim semakin dirasai oleh masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, bagi masyarakat Orang Asli, krisis ini bukan sekadar menyentuh isu alam sekitar, selain itu ia juga melibatkan krisis eksistensial. Bagaimanakah para seniman dan penjaga warisan budaya Orang Asli bertindak balas terhadap gangguan yang semakin menjejaskan cara hidup, pengetahuan, dan hubungan mereka dengan alam apabila tanah adat, hutan, dan sumber air nenek moyang mereka terus dicerobohi? Bagaimanakah kita dapat bersama-sama menyaksikan gangguan terhadap ekologi, kehidupan kebendaan, kerohanian, dan kosmologi mereka, sambil membina solidariti? Sesi ini mengetengahkan kisah, amalan, dan tindak balas para seniman serta penjaga warisan budaya Orang Asli melalui pelbagai bentuk ekspresi seni, sekali gus mendedahkan kebenaran yang selama ini jarang diperkatakan atau didokumentasikan.
Syarahan oleh Jo Kukathas
Sabtu, 8 Ogos, 3:00PTG
Apakah peranan seni dalam masyarakat? Salah satu pegangan utama Rauschenberg ialah seni harus berfungsi sebagai pemangkin kepada perubahan sosial. Tujuan syarahan oleh penggiat teater tersohor, Jo Kukakthas, ini adalah bagi menelusuri perananan seni dalam pembentukan masyarakat sivil yang lebih berperikemanusiaan dan inklusif, serta kepentingan ekspresi kreatif sebagai ruang untuk dialog yang merangkumi pelbagai suara.
Perbicaraan oleh Dr. Sumit Mandal (Pengarang Becoming Arab: Creole Histories and Modern Identity in the Malay World)
Sabtu, 12 September, 3:00PTG
Satu pertukaran pandangan yang meneliti dua bentuk kosmopolitanisme yang berbeza. Perbicaraan ini mempertemukan visi Rauschenberg tentang perkongsian seni global yang terancang dan bergerak merentas negara dengan penyelidikan Dr. Mandal yang mendalam mengenai jaringan 'perantau' bersejarah - seperti perdagang Hadhrami, Bugis dan Minangkabau - yang membentuk percampuran budaya secara organik, tanpa tajaan rasmi dan berasaskan hubungan akar umbi di seluruh Alam Melayu.
Sharahan oleh Kathleen Ditzig
Sabtu, 26 September, 3:00PTG
Pembentangan Rauschenberg Overseas Culture Interchange (ROCI) di Malaysia pada tahun 1990 bukanlah kali pertama mahupun terakhir karya Robert Rauschenberg dipamerkan di Asia Tenggara. Karya beliau telah diperkenalkan di rantau ini melalui pameran berkumpulan seni Amerika yang menjelajah pada tahun 1960-an dan 1970-an, serta terus dipamerkan di Malaysia sepanjang dekad 1990-an. Pada tahun 1997, galeri TAKSU yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Wetterling Teo Gallery di Singapura telah bekerjasama menganjurkan pameran solo karya beliau di kedua-dua negara. Dalam siaran medianya, Rauschenberg digelarkan sebagai seorang "Pragmatis Amerika." Dengan menumpukan kepada pembentangan karya Rauschenberg di Malaysia dan Singapura, syarahan ini menelusuri bagaimana karya beliau ditafsir dan dibingkaikan dalam wacana seni dari tahun 1970-an hingga 1990-an. Ia juga mengupas makna gelaran "Pragmatis Amerika" dalam konteks keutamaan dan cabaran tempatan serta antarabangsa yang membentuk penerimaan seni Amerika di Asia Tenggara menjelang penghujung Cold War.
Penyelidikan bagi syarahan ini disokong oleh projek Rauschenberg and Asia di Muzium M+ serta program pengenalan (fellowship program) di Robert Rauschenberg Foundation Archives pada tahun 2025.
Kathleen Ditzig (PhD) ialah kurator dan sejarawan seni dari Singapura yang meneliti infrastruktur serta geopolitik dunia seni, termasuk kesan budaya Cold War Amerika Syarikat di Asia Tenggara.
Sabtu, 17 Oktober, 3:00PTG-5:00PTG
Ahad, 18 Oktober, 3:00PTG-5:00PTG
2015-2026 © ILHAM GALLERY. ALL RIGHTS RESERVED. WEB DESIGN BY TOMMY NG